Anda di sini

Brazil tahan lapan pekerja berkaitan empangan runtuh

Advertisement
 Pekerja syarikat perlombongan Vale SA yang dituduh oleh pendakwa negeri menyembunyikan kelemahan di sebuah empangan yang pecah, diiringi anggota polis di Belo Horizonte, Brazil kelmarin. — Gambar Reuters
DIBICARA: Pekerja syarikat perlombongan Vale SA yang dituduh oleh pendakwa negeri menyembunyikan kelemahan di sebuah empangan yang pecah, diiringi anggota polis di Belo Horizonte, Brazil kelmarin. — Gambar Reuters

SAO PAULO: Pihak berkuasa Brazil telah menahan lapan pekerja di syarikat gergasi perlombongan Vale kelmarin berkaitan dengan satu keruntuhan empangan di salah sebuah dari lombongnya pada tiga minggu lepas yang mengorbankan sekurang-kurangnya 166 orang dan menyebabkan 147 orang hilang, dijangkakan meninggal dunia.

Mereka yang ditangkap terdiri daripada dua eksekutif, dua pengurus dan empat anggota dari pasukan yang memeriksa kestabilan empangan yang runtuh telah ditahan bagi menentukan bertanggungjawab berhubung dengan “beratus-ratus jenayah bagi homisid dirancang,” pejabat pendakwa raya di kawasan terjejas tenggara Minas Gerais menyatakan dalam satu kenyataan.

Ia menyatakan mereka akan ditahan selama 30 hari. Pihak polis dengan waran telah turut melakukan penggeledahan bagi mendapatkan bukti, termasuk di ibu pejabat Vale di Rio de Janeiro.

Maklumat membawa kepada penahanan dan waran muncul dari beberapa kenyataan kepada pihak polis oleh dua orang jurutera dari sebuah firma Jerman, TUEV SUED, yang diberi kontrak oleh Vale untuk memeriksa dan memberikan pengesahan terhadap empangan itu.

Jurutera tersebut telah ditangkap empat hari selepas keruntuhan empangan bersama dengan tiga kakitangan Vale untuk disoal siasat, dan telah dibebaskan seminggu kemudian.

Empat pekerja TUEV SUED di Brazil telah diburu oleh polis.

Vale memaklumkan penahanan dan waran dalam satu kenyataan. “Vale telah bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa dan akan terus menyumbang kepada siasatan bagi membetulkan fakta, bersama dengan sokongan penuh kepada keluarga yang terjejas,” menurutnya.

Keruntuhan empangan pada 25 Januari merupakan bencana perindustrian paling teruk di Brazil. Takungan, mempunyai jutaan tan simpanan sisa perlombongan yang bercampur dengan mineral telah pecah dan mengalir menimpa lombong bijih besi Vale berhampiran dengan pekan Brumadinho.

Kebanyakan mereka yang tertimbus di bawah lumpur tebal adalah pekerja lombong, walaupun beberapa penduduk berhampiran turut tertimbus.

Kakitangan kecemasan meneruskan untuk memeriksa di bawah lumpur untuk mencari mayat, namun pihak berkuasa telah menyatakan ia adalah kemungkinan tidak semua mayat akan dapat ditemui.

Vale, pelombong biji arang besi terbesar di dunia dan salah satu dari beberapa syarikat paling besar di Brazil, kehilangan suku dari nilai pasarannya selepas kemalangan tersebut. — AFP

Advertisement