Anda di sini

TBS sentiasa periksa latar belakang penerima bantuan

Advertisement
 Abang Mohd Shibli menyampaikan cenderamata kepada Adissadikin pada majlis pelancaran Dana Wakaf Al-Bait dan Kempen syuQR melalui aplikasi e-Wallet Boost di Kuching, semalam.
PENGHARGAAN: Abang Mohd Shibli menyampaikan cenderamata kepada Adissadikin pada majlis pelancaran Dana Wakaf Al-Bait dan Kempen syuQR melalui aplikasi e-Wallet Boost di Kuching, semalam.

KUCHING: Setiap penerima bantuan zakat khasnya golo-ngan asnaf daripada pihak Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) sentiasa diperiksa latar belakang mereka.

Pengurus Besar TBS Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie berkata, ia bagi memastikan mereka adalah penerima yang sahih menerima bantuan berkenaan.

“Maklumat lengkap me-ngenai penerima (asnaf) mesti sahih. Ini adalah penting memandangkan pada masa ini terdapatnya golongan asnaf yang ‘dicipta.’

“Asnaf adalah sesuatu yang hendaklah dikaji had al-kifayah mereka iaitu dari segi kecukupan mereka untuk membiayai keperluan hidup seharian,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas majlis pelancaran Dana  Wakaf Al-Bait dan Kempen syuQR melalui aplikasi e-Wallet Boost di Dewan Kompleks Islam di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Urusan RHB Islamic Bank Berhad Datuk Adissadikin Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif Axiata Digital Services Sdn Bhd Mohd Khairil Abdullah serta tetamu kehormat lain.

Abang Mohd Shibli menjelaskan, TBS banyak membuat tapisan dan memeriksa latar belakang golongan asnaf yang memohon bantuan dan diberi bantuan.

“Ada kononnya mengaku dirinya asnaf (asnaf dicipta) yang sengaja nampak susah semata-mata untuk mendapat bantuan.

“Jadi dalam hal ni, ramailah mereka yang kita (TBS) buat penilaian,” katanya sambil memberitahu, asnaf dicipta ini bukan sesuatu isu yang asing di seluruh negara kerana ada sahaja individu yang tidak layak memohon bantuan.

Justeru, beliau berkata, tindakan golongan asnaf yang dicipta ini menyebabkan golo-ngan yang benar-benar asnaf tidak mendapat bantuan yang sepatutnya.

“Tindakan yang diambil golongan asnaf yang dicipta ini (memohon bantuan) tidak baik... lebih baik kita beri peluang kepada orang-orang yang sangat memerlukan ban-tuan,” katanya.

Sementara itu, dalam laman sesawang TBS menye-naraikan lapan golongan asnaf yang berhak menerima bantuan zakat iaitu fakir, miskin, amil muallaf, al-riqab, al-gharimin, fisabilillah dan ibnu sabil.

Advertisement