Anda di sini

Perang bunuh lebih 100,000 bayi setahun: Save the Children

Advertisement

MUNICH: Sekurang-kurangnya 100,000 bayi meninggal dunia setiap tahun disebabkan oleh konflik bersenjata dan kesannya, akibat kebuluran sehingga tidak diberikan bantuan, lapor Save the Children International pada Jumaat.

Di 10 negara paling teruk terjejas, anggaran konservatif seramai 550,000 bayi meninggal dunia akibat pertempuran antara 2013 dan 2017.

Mereka terkorban disebabkan oleh peperangan dan kesannya, selain kelaparan, kerosakan pada hospital dan infrastruktur, kekurangan akses kepada penjagaan ke-sihatan dan sanitasi serta tidak diberikan bantuan.

Ia menyatakan kanak-kanak berdepan dengan ancaman akan dibunuh atau dicacatkan, direkrut oleh kumpulan bersenjata, diculik atau menjadi mangsa keganasan seksual.

“Hampir satu di kalangan lima kanak-kanak telah tinggal di kawasan yang mengalami kesan konflik – lebih dari mana-mana masa sejak dua dekad yang lepas,” kata CEO badan kebajikan itu Helle Thorning-Schmidt  dalam satu kenyataan.

“Jumlah kanak-kanak yang terbunuh atau dicacatkan telah lebih tiga kali ganda, dan kami sedang melihat peningkatan yang mengejutkan dalam penggunaan bantuan sebagai senjata peperangan,” kata beliau ketika mengeluarkan laporan pada Persidangan Keselamatan Munich.

Save the Children me-nyatakan satu kajian yang ia perolehi dari Institut Penyelidikan Kedamaian Oslo telah mendapati bahawa 420 juta kanak-kanak telah tinggal di kawasan yang terjejas akibat konflik pada 2017.

Ini mewakili 18 peratus daripada semua kanak-kanak di seluruh dunia  dan meningkat sebanyak 30 juta dari tahun sebelumnya.

Negara yang paling teruk dilanda perang adalah Afghanistan, Republik Afrika Tengah, Republik Demokratik Congo, Iraq, Mali, Nigeria, Somalia, Sudan Selatan, Syria dan Yaman.

Jumlah keseluruhan kemati-an akibat kesan secara tidak langsung sepanjang tempoh lima tahun meningkat kepada 870,000 apabila semua kanak-kanak di bawah usia lima tahun turut diambil kira, kata badan kebajikan tersebut.

Ia turut mengeluarkan satu senarai cadangan bagi membantu melindungi kanak-kanak, daripada beberapa langkah seperti menetapkan usia minimum 18 tahun untuk pengambilan rekrut tentera sehingga mengelak pengguna-an bahan letupan di kawasan penempatan. — AFP

Advertisement