Anda di sini

Pekerja kontrak didakwa membunuh di Ipoh

Advertisement
 Muhammad Firdaus (tengah) didakwa di Mahkamah Majistret semalam atas tuduhan membunuh seorang lelaki di Jalan Kantan di Buntong, Ipoh, tiga tahun lepas. — Gambar Bernama
DIDAKWA : Muhammad Firdaus (tengah) didakwa di Mahkamah Majistret semalam atas tuduhan membunuh seorang lelaki di Jalan Kantan di Buntong, Ipoh, tiga tahun lepas. — Gambar Bernama

IPOH: Seorang pekerja kontrak didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membunuh seorang lelaki di Jalan Kantan di Buntong dekat sini, tiga tahun lepas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Muhammad Firdaus Naim Thikayarajan, 24, ketika pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Nurul Hafizah Mohammad Fauzi.

Bagaimanapun, Muhammad Firdaus mengangguk faham terhadap pertuduhan membunuh M. Serentharan yang berumur 26 tahun semasa kejadian di belakang padang futsal berdekatan Jalan Kantan Buntong di sini, antara jam 9 hingga 10 malam 5 Sept 2016.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Qamarul Abrar manakala tertuduh diwakili peguam, Charan Singh.

Nurul Hafizah menetapkan 29 Mac ini untuk sebutan semula kes. — Bernama

Advertisement