Anda di sini

Miliki rokok seludup, peniaga didenda RM100,000

Advertisement
 

LIMBANG: Seorang peniaga dihukum denda RM100,000 kerana oleh Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat kerana memiliki rokok seludup di premisnya. 

Hukuman tersebut dijatuhkan oleh Majistret Mohd Hafizi Abdul Halim selepas tertuduh, Wong Yong Hock, 59 mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan.

Mohd Hafizi turut memerintahkan tertuduh dipenjara 12 bulan sekiranya gagal menjelaskan denda.

Tertuduh menjelaskan denda sebanyak RM100,000 pada hari yang sama.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa kerana menyorokkan rokok pelbagai jenama dalam sebuah kotak tanpa duti kastam dengan nilai keseluruhannya RM230 di sebuah premis perniagaan pada serbuan sepasukan pegawai penguatkuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Limbang pada 11 Februari lepas.

Tertuduh didakwa atas kesalahan memiliki barangan larangan di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 135 (1) (v) (aa) Akta Kastam 1967 yang  memperuntukkan hukuman denda denda sebanyak RM100, 000 atau dipenjara 12 bulan sekiranya gagal menjelaskan denda tesebut.

Pegawai Pendakwa JKDM Norbayani Shamsuddin memohon hukuman setimpal untuk memberi pengajaran kepada tertuduh supaya tidak mengulangi kesalahan sama.

  • oleh
  • Advertisement