Anda di sini

Aktivis Kenya mati selepas pengguguran kandungan gagal: Bedah siasat bebas

Advertisement
 Seorang anggota keluarga Mwatha mempamerkan potretnya yang berbingkai di rumahnya di Dandora, pinggir Nairobi pada Khamis lepas. — Gambar AFP
TINGGAL KENANGAN: Seorang anggota keluarga Mwatha mempamerkan potretnya yang berbingkai di rumahnya di Dandora, pinggir Nairobi pada Khamis lepas. — Gambar AFP

NAIROBI: Seorang aktivis hak asasi Kenya yang me-ninggal dunia dalam keadaan yang dilihat oleh keluarganya sebagai mencurigakan, menjadi mangsa kepada pengguguran kandungan yang tidak berjaya, menurut satu bedah siasat bebas pada Khamis yang menyokong versi kenyataan daripada pihak polis.

Caroline Mwatha telah hilang pada Rabu lepas, mendesak Amnesty International untuk meningkatkan amaran berdasarkan tugas sensitif beliau melobi menentang pembunuhan tanpa kehakiman oleh pihak polis.

Polis menyatakan pada Selasa lepas bahawa mayatnya telah ditemui di sebuah rumah mayat di Nairobi, dan siasatan mendedahkan “terdapat niat untuk pengguguran kandu-ngan berusia lima bulan”.

Pengguguran kandungan adalah diharamkan di Kenya kecuali nyawa wanita tersebut berada dalam bahaya.

Pada Rabu lepas, keluarga Mwatha telah mempersoalkan penjelasan oleh pihak polis.

“Kami tidak pernah melihat Caro mengandung, beliau tidak mengandung, bagai-mana beliau boleh menggugurkan kandungan?” bapanya Stanslus Mbai memberitahu wartawan di rumah mayat tersebut.

“Itu merupakan satu persoalan bagi kami. Sangat pelik kerana saya telah melihat mayat itu. Beliau mempunyai satu luka yang dalam di bahagian paha dan perut, adakah itu pengguguran kandungan?”

Mbai mendakwa menerima satu panggilan daripada nombor anak perempuannya semasa beliau dilaporkan telah meninggal dunia. “Banyak yang tidak dinyatakan, ini adalah satu penipuan,” kata-nya, sambil menuntut satu lagi bedah siasat bebas dilakukan.

Pada Khamis, ahli patologi yang melakukan bedah siasat memberitahu wartawan bahawa Mwatha telah me-ngandung kira-kira lima hingga enam bulan.

“Punca kematian adalah pendarahan disebabkan oleh bahagian uterus yang pecah ketika sesi pembedahan yang tidak berjaya untuk mengeluarkan fetus,” kata Peter Muriuki Ndegwa.

Beliau telah diupah di atas permintaan keluarga oleh Independent Medico Legal Unit, sebuah organisasi bukan kerajaan yang menawarkan bantuan perundangan percuma kepada mangsa dan melobi membantah pembunuhan tanpa kehakiman oleh polis.

Keluarga tersebut, tambah Ndegwa, “berpuas hati dengan keputusan bedah siasat.”

Menurut Marie Stopes International, yang menyediakan perkhidmatan ubat pencegah kehamilan dan pengguguran kandungan de-ngan selamat di seluruh dunia, tujuh wanita meninggal dunia akibat pengguguran kandu-ngan yang gagal di Kenya setiap hari. — AFP

Advertisement