Anda di sini

Wartawan cedera dalam konfrontasi terbaharu di Haiti

Advertisement
 Penunjuk perasaan lari apabila polis Haiti melepaskan tembakan sewaktu                         pertelingkahan di Port-au-Prince pada Rabu lepas. — Gambar AFP
KACAU-BILAU: Penunjuk perasaan lari apabila polis Haiti melepaskan tembakan sewaktu pertelingkahan di Port-au-Prince pada Rabu lepas. — Gambar AFP

PORT-AU-PRINCE: Pertempuran ganas antara polis dan penunjuk perasaan telah menyebabkan seorang wartawan tercedera di ibu negeri Haiti, Port-au-Prince pada Rabu – konfrontasi terbaharu dalam bantahan selama seminggu menuntut bagi peletakan jawatan Presiden Jovenel Moise.

“Ia merupakan satu kebangkitan rakyat: rakyat Haiti telah menawan jalan raya  maka ia adalah jelas bahawa Jovenel (Moise) tidak mempunyai pilihan selain meletakkan jawatan,” kata penunjuk perasaan Prophete Hilaire, yang telah berarak di sekitar ibu negeri itu.

“Sebuah kerajaan yang tidak dapat menyediakan makanan dan air kepada rakyatnya harus meletakkan jawatan,” tambahnya.

Seorang wartawan Haiti telah tercedera di tengah ibu negeri semasa satu kejadian tembak-menembak antara anggota polis dan sekumpulan penunjuk perasaan, menurut seorang wartawan AFP.

Beberapa meter dari pejabat presiden, pertempuran antara golongan belia – ramai daripada mereka dari kawasan pe-nempatan miskin – dan pihak berkuasa menjadi semakin tegang, dengan kumpulan melontar batu dan bom tangan gas pemedih mata.

Sejak 7 Februari, sekurang-kurangnya enam orang telah meninggal dunia ketika Haiti terjunam ke dalam krisis politik, dengan kehidupan harian menjadi terganggu akibat ban-tahan dan sekatan di pekan paling besar.

Penunjuk perasaan telah menuntut Moise meletakkan jawatan berkaitan dengan skandal dana Petrocaribe, di mana Venezuela membekalkan untuk  Haiti dan beberapa negara lain di Caribbean dan Amerika Tengah dengan mi-nyak pada harga potongan dan dengan terma kredit mudah selama beberapa tahun.

Satu laporan dikeluarkan pada Januari mengenai salah guna wang melibatkan sebuah syarikat yang diketuai ketika itu oleh Moise sebagai waris untuk dana daripada satu projek pembinaan jalan raya yang tidak pernah mempunyai kontrak yang ditandatangani.

Semasa kempen pilihan raya, Moise menjanjikan “makanan dan wang untuk semua orang,” namun masih ramai lagi rakyat Haiti berusaha untuk mencari hasil pendapatan yang mencukupi dan berdepan inflasi yang meningkat sebanyak 15 peratus sejak pelantikannya sebagai presiden. — AFP

Advertisement