Anda di sini

Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan Bahagian Limbang terus berbakti

Advertisement
 Adrus (tiga kiri) menyerahkan sumbangan wang tunai kepada Idris.
PRIHATIN: Adrus (tiga kiri) menyerahkan sumbangan wang tunai kepada Idris.
 Ahli-ahli Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan Bahagian Limbang pada  Program Ziarah Kasih Sukarelawan Kebajikan kelmarin.
TURUN PADANG: Ahli-ahli Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan Bahagian Limbang pada Program Ziarah Kasih Sukarelawan Kebajikan kelmarin.

PELBAGAI program kebajikan dianjurkan Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan Bahagian Limbang bagi membantu golongan kurang bernasib baik di Kampung Sayong dekat Limbang, baru-baru ini.

Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan Bahagian Limbang Adrus Tahir berkata, Program Ziarah Kasih Sukarelawan Kebajikan adalah aktiviti menziarahi serta menyampaikan sumbangan secara berkala kepada ibu tunggal, OKU, anak yatim dan golongan miskin luar bandar.

Beliau berkata, bantuan yang diberikan berupa barangan keperluan harian, barangan dapur serta sedikit wang tunai yang disumbangkan orang ramai.

“Program ini memberi peluang kepada ahli-ahli untuk  menyantuni warga emas, ibu tunggal dan OKU sekali gus menggerakkan sukarelawan dalam masyarakat,” katanya pada program itu.

Antara kediaman yang dilawati termasuk Idris Ismail 48, yang tidak dapat berjalan; Lungah Kapang, 82, dan Siah Ibrahim, 65.

Advertisement