Anda di sini

Pemegang kad IMM13 didakwa rompak wanita

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Seorang lelaki pemegang kad IMM13 mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan merompak seorang wanita.

Hamming Hassia, 22, yang menafikan dakwaan terbabit menyatakan tidak berada di tempat berkenaan pada waktu kejadian.

"Saya ingin memanggil saksi-saksi yang mengatakan saya tiada di sana," katanya dan menambah akan memanggil majikan dan rakan sekerjanya.

Oleh itu hakim Noor Hafizah Mohamad Salim menerangkan tertuduh boleh menulis notis alibi dan menyerahkan kepada mahkamah.

Tertuduh didakwa merompak mangsa yang berusia 24 tahun dan merampas wang sebanyak RM25, pada 23 Januari jam 10.45 pagi di bawah jambatan Petagas, Penampang.

Jika sabit salah mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan, penjara selama tempoh 14 tahun dan denda serta boleh dikenakan sebat.

Terdahulu Timbalan Pendakwaraya Dinesh Raja membantah tertuduh diberikan ikat jamin,  kerana selain tertuduh hanya pemegang kad IMM13 kesalahan yang dilakukan juga serius.

Mahkamah menetapkan pengurusan kes pada 1 Mac terhadap tertuduh dan tidak diberikan ikat jamin sementara menunggu kes selesai.

  • oleh
  • Advertisement