Anda di sini

NASA tamatkan misi perayau robot Opportunity di Marikh

Advertisement
 Potret sendiri oleh Opportunity, Perayau Penerokaan Marikh NASA, iaitu                   kombinasi pelbagai bingkai yang diambil oleh kamera panorama (Pancam) Opportunity dari 22 Mac hingga 24 Mac 2014 di planet Marikh, kelihatan dalam imej NASA/JPL-Caltech ini yang dikeluarkan pada 17 April 2014. — Gambar Reuters
MISI DITAMATKAN: Potret sendiri oleh Opportunity, Perayau Penerokaan Marikh NASA, iaitu kombinasi pelbagai bingkai yang diambil oleh kamera panorama (Pancam) Opportunity dari 22 Mac hingga 24 Mac 2014 di planet Marikh, kelihatan dalam imej NASA/JPL-Caltech ini yang dikeluarkan pada 17 April 2014. — Gambar Reuters

LOS ANGELES: Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan Amerika (NASA) meng-umumkan penamatan misi perayau robot Opportunity pada Rabu, iaitu 15 tahun selepas ia mendarat di planet Marikh, lapor agensi berita Xinhua.

Pengumuman itu dibuat dalam sidang akhbar agensi berkenaan di Makmal Pendo-rongan Jet di Pasadena, California susulan percubaan ter-akhir NASA untuk berkomunikasi dengan perayau robot itu pada malam Selasa tidak mendapat respons.

Perayau robot itu tidak dapat dihubungi selama lapan bulan sejak ribut debu membadai planet merah tersebut pada Jun tahun lepas.

Anggota pasukan misi telah cuba memulihkan perayau robot itu namun gagal me-wujudkan komunikasi lagi.

“Mengucapkan selamat tinggal adalah sesuatu yang sukar, namun masanya telah tiba untuk berbuat demikian,” kata John Callas, pengurus projek bagi Opportunity.

Perayau robot bersaiz kereta golf itu jauh melangkaui misi perjalanan selama 90 hari seperti yang dirancang.

Ia telah melakukan perjalanan lebih 45 kilometer di Marikh dan bekerja selama hampir 15 tahun. Opportunity telah mendarat di Marikh pada 24 Januari 2004.

Paling utama antara matlamat saintifik misi itu ialah mencari dan mencirikan pelbagai jenis batuan serta tanah untuk petunjuk kepada aktiviti air pada masa lampau di Marikh. — Bernama

Advertisement