Anda di sini

Nahas bas di Macedonia Utara ragut 13 nyawa

Advertisement
 Orang awam dan penyelamat berhimpun dekat bangkai bas di sebatang jalan dekat Skopje pada Rabu lepas. — Gambar AFP
NAHAS BAS: Orang awam dan penyelamat berhimpun dekat bangkai bas di sebatang jalan dekat Skopje pada Rabu lepas. — Gambar AFP

SKOPJE: Sekurang-kurangnya 13 orang terkorban dan lebih 30 lagi tercedera apabila sebuah bas penumpang terbalik di atas sebatang lebuh raya di Macedonia Utara pada Rabu, kata kementerian kesihatan.

Bercakap kepada AFP, Menteri Venko Filipce menambah bahawa “jumlah mangsa yang terkorban mungkin bertambah kerana terdapat orang yang menjalani pembedahan dan berada dalam keadaan kritikal” selepas kemalangan yang berlaku kira-kira 20 kilometer dari ibu negeri Skopje. Kira-kira 50 orang berada di dalam bas tersebut.

“Seramai 13 orang telah meninggal dunia,” Filipce memberitahu wartawan. “Terdapat lebih 30 kece-deraan.”

Ilir Asani, ketua bagi pusat kecemasan di hospital utama di Skopje, memberitahu  media tempatan bahawa sekurang-kurangnya “lima orang me-ngalami kecederaan teruk, termasuk seorang wanita mengandung.”

Seorang pendakwa raya umum menyatakan ia telah melancarkan siasatan me-ngenai kemalangan yang berlaku “apabila sebuah bas milik syarikat ‘Durmo Tours’... melintasi penghadang ke bahagian bertentangan di lebuh raya, kemudian melencong luar dari jalan raya dan terbalik berhampiran perkampungan Laskarci”.

Festim Rusani, 42, sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Tetovo apabila dia melihat bas yang terbalik.

“Saya segera menghubungi ambulans dan polis. Bersama beberapa jiran saya membantu tiga orang untuk keluar dari bas. Namun untuk lain-lain lagi ia adalah sangat sukar pada mulanya, mereka semua terperangkap di bawah bas,” dia memberitahu AFP.

“Terdapat wanita muda ini, masih hidup ketika kami sedang cuba untuk membantu-nya, dia telah terperangkap...  dia kehilangan kakinya namun masih bernafas. Dia meninggal dunia di sana. Ia begitu traumatik,” tambahnya.

Perdana Menteri Zoran Zaev berkata “tidak ada kata-kata yang dapat menghiburkan hati untuk kemalangan jalan raya teruk yang telah membunuh ramai warga kita.”

“Kami berbelas kasihan dengan ahli keluarga bagi kehilangan mereka. Kami mengarahkan semua kekuatan dan kapasiti bagi membantu semua orang yang nyawa mereka dalam bahaya atau dengan kecederaan bagi memberi mereka bantuan yang diperlukan secepat mungkin dan kembali kepada orang tersayang mereka,” Zaev menulis dalam laman Facebook.

Sejak Selasa lepas, bekas Macedonia telah dikenali dengan nama baharunya Republik Macedonia Utara selepas satu perjanjian bersejarah dengan negara jiran Greece. — AFP

Advertisement