Anda di sini

Lelaki didakwa merompak, ketahui nasib Isnin depan

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen di sini, menetapkan jatuh hukum pada Isnin depan terhadap seorang lelaki yang mengaku salah atas pertuduhan merompak di sebuah kedai serbaneka 24 jam.

Hakim Noor Hafizah Mohamad Salim membuat keputusan itu terhadap Rizal Usman, 30, selepas menukar pengakuannya kepada bersalah yang mana pada Jumaat untuk pengurusan kes.

Pada tarikh itu juga nanti, beliau memerintahkan fakta kes dibacakan.

Tertuduh yang bersenjatakan sebilah pisau merompak seorang wanita dan lelaki yang masing-masing berusia 20 dan 21 tahun, serta merampas wang sebanyak RM90.50.

Kesalahan dilakukan pada 23 Oktober tahun lalu jam 8.30 malam di kedai serbaneka 24 jam 7-Eleven, Jalan Kebajikan, Luyang di sini.

 Rizal yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dihukum mengikut Seksyen 397 kanun sama, sabit salah boleh dikenakan penjara selama tempoh 20 tahun dengan sebatan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa pada 16 November tahun lalu dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkenaan.

Sementara menunggu kes selesai mahkamah memerintahkan tertuduh terus direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah.

  • oleh
  • Advertisement