Anda di sini

Dua lelaki berhadapan penjara seumur hidup

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Dua lelaki warga asing berhadapan hukuman penjara minimum lima tahun dan boleh dikenakan seumur hidup, selepas didakwa memiliki dadah seberat 36.93 gram.

Jovanni Sudin, 26, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkenaan, sementara tiada pengakuan diambil daripada Reny Usung, 20, yang kedua-duanya tidak diwakili peguam.

Kedua-dua tertuduh didakwa secara bersama melakukan kesalahan itu pada 18 Oktober tahun lalu jam 3 petang di parkir kereta Bandar Sierra, Jalan Tuaran di sini.

Selain hukuman pemenjaraan jika sabit salah mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dihukum mengikut Seksyen 39A(2) akta sama, juga dikenakan tidak kurang daripada sepuluh sebat.

Terdahulu Timbalan Pendakwaraya Dinesh Raja mengatakan kesalahan yang dilakukan tidak membolehkan kedua-dua tertuduh diberikan ikat jamin.

Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim menetapkan pengurusan kes pada 25 Mac dan tarikh perbicaraan pasa 26 April terhadap Jovanni.

Tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 18 Februari terhadap Reny untuk jurubahasa Suluk.

Dalam pada itu Dinesh memberitahu pihaknya akan memanggil kira-kira enam saksi semasa perbicaraan nanti.

Mahkamah memerintahkan kedua-dua tertuduh terus direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah, sehingga kes selesai.

  • oleh
  • Advertisement