Anda di sini

47 warga Malaysia di Kemboja dibebaskan - Wan Junaidi

Rombongan Fatimah dan Junaidi di Phnom Penh hari inj.
Rombongan Fatimah dan Junaidi di Phnom Penh hari ini.

KUCHING: Empat puluh tujuh warga Malaysia yang dipenjara di Kemboja dibebaskan. 

Ketua Penerangan PBB Datuk Idris Buang berkata beliau menerima khabar itu menerusi pesanan ringkas dikirim oleh Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

"Kita berjaya mendapatkan pembebasan 47 tahanan di Kemboja. Alhamdulillah," kata Wan Junaidi dalam pesanan ringkas, petang ini. 

Wan Junaidi hari ini dan semalam berada di Kemboja untuk melawat tahanan warga Malaysia yang didakwa ditipu agen pekerja asing. 

Wan Junaidi turut disertai Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Dato Sri Fatimah Abdullah. 

Mereka yang terdiri daripada 40 warga Sarawak, tiga Sabah dan empat Semenanjung Malaysia ditangkap polis Kemboja kerana disyaki terbabit dalam perjudian dalam talian. 

Mereka ditahan sejak Disember lepas.