Anda di sini

SPR Thailand mahu Thai Raksa Chart dibubar

Advertisement
 Pemimpin parti Thai Raksa Chart,                   Preechaphol Pongpanit, memberi penghormatan tradisional          Thai ketika beliau bercakap kepada wartawan selepas beliau               tiba di ibu pejabat parti di Bangkok pada Selasa. — Gambar AFP
BERISIKO DIBUBAR: Pemimpin parti Thai Raksa Chart, Preechaphol Pongpanit, memberi penghormatan tradisional Thai ketika beliau bercakap kepada wartawan selepas beliau tiba di ibu pejabat parti di Bangkok pada Selasa. — Gambar AFP

BANGKOK: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Thailand pada Rabu meminta mahkamah perlembagaan membubarkan sebuah parti politik yang mengetengahkan seorang puteri sebagai ca-lonnya untuk jawatan perdana menteri, beberap hari selepas tindakan tersebut mendapat teguran diraja daripada adik lelakinya, yang menjadi raja.

Thailand telah dibayangi oleh drama politik sejak Jumaat lepas, apabila nama Puteri Ubolratana diserahkan oleh Thai Raksa Chart, sebuah parti dikaitkan dengan klan berpengaruh Shinawatra.

Tindakan Ubolratana yang tidak dijangka untuk menyer-tai politik barisan hadapan terurai dalam masa beberapa jam selepas Raja Maha Vajiralongkorn menolak penyertaan seorang anggota diraja ke dalam politik sebagai “sangat tidak sesuai”.

Monarki Thailand telah dilihat sebagai mengatasi politik, walaupun  pihak diraja telah campur tangan secara umum semasa tempoh krisis politik.

Puteri tersebut telah ditolak sebagai calon oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, yang kemudian memfailkan satu permohonan kepada mahkamah perlembagaan agar Thai Raksa Chart dibubarkan kerana membawa seorang anggota keluarga diraja ke dalam politik.

“Tindakan itu dianggap sebagai permusuhan kepada monarki perlembagaan,” jelasnya.

Monarki di Thailand telah dianggap sebagai suci dan di-agungkan oleh rakyatnya, dan  berada di bawah perlindungan undang-undang ‘draconian lese majeste’ .

Kata-kata raja adalah dianggap sebagai muktamad.

Perbalahan mengenai pencalonannya dan tindakan berpotensi bagi membubarkan parti Thai Raksa Chart merupakan satu pukulan kepada mesin politik untuk bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra.

Parti itu dijangka akan menambah kepada bank undi bagi penggerak pilihan raya Shinawatra, Pheu Thai, dalam pilihan raya di mana parti sekunder telah menyasarkan beberapa kerusi melalui sistem senarai parti.

Beberapa parti yang dinaungi oleh Thaksin telah memenangi semua pilihan raya sejak 2001.

Thaksin dan adik perempuannya Yingluck – yang digulingkan dalam rampasan kuasa 2014 – menetap di luar negara bagi mengelak pensabitan yang mereka katakan sebagai bermotifkan politik.

Dalam satu kenyataan Instagram pada lewat Selasa, puteri berusia 67 tahun itu memohon maaf bagi peranannya dalam drama, yang menimbulkan rasa gentar di sekitar negara hanya beberapa minggu sebelum pilihan raya.

“Saya memohon maaf kerana niat asal saya untuk membantu bekerja untuk negara dan rakyat Thai lain telah menimbulkan masalah yang tidak seharusnya berlaku pada era ini,” tulis beliau.

Ia telah dinyatakan dengan satu ‘hashtag’: “#howcome-itsthewayitis”.

Ubolratana merupakan anak pertama kepada bekas raja Bhumibol Adulyadej, namun beliau telah melepaskan gela-ran dirajanya ketika mengahwini seorang rakyat Amerika pada 1972.

Selepas perceraiannya, beliau berpindah semula ke Thailand di mana beliau masih dianggap oleh orang awam Thai sebagai sebahagian daripada keluarga diraja.

Semasa beliau menyata-kan beliau akan menunaikan haknya sebagai seorang rakyat biasa untuk bertanding sebagai perdana menteri, kenyataan pihak istana pada minggu lepas menegaskan beliau “masih lagi seorang anggota Dewan Chakri”,  merujuk kepada nama dinasti itu.

Ketua junta Prayut Chan-O-Cha, yang menggulingkan kerajaan Yingluck, akan bertanding untuk jawatan perdana menteri pada pilihan raya 24 Mac.

Penganalisis berkata tindakan menyekat pencalonan puteri akan memberi kelebihan kepada Prayut, yang menggambarkan dirinya sebagai seorang pembela mo-narki. — Reuters

Advertisement