Anda di sini

Rempuhan di Nigeria ragut 14 nyawa

Advertisement
 Puluhan ribu penyokong Buhari menghadiri perhimpunan kempen menjelang pilihan raya presiden di Negeri Rivers, Nigeria, pada Selasa. — Gambar Reuters
PENUH SESAK: Puluhan ribu penyokong Buhari menghadiri perhimpunan kempen menjelang pilihan raya presiden di Negeri Rivers, Nigeria, pada Selasa. — Gambar Reuters

ABUJA: Beberapa orang terbunuh pada Selasa apabila rempuhan meletus dalam rali kempen Presiden Nigeria Muhammadu Buhari beberapa hari lagi menjelang pilihan raya, kata pejabatnya.

Presiden “telah dimaklumkan mengenai kematian tragik beberapa anggota parti beliau, Kongres Progresif Semua (APC), dalam rempuhan semasa satu rali presiden yang diadakan di Port Harcourt di Rivers State,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada lewat Selasa.

Media tempatan melaporkan keadaan panik berlaku pada penghujung perhimpunan, diadakan di dalam Stadium Adokiye Amiesimaka, ketika orang ramai cuba memecah masuk sebuah pintu kecemasan yang berkunci.

“Mereka dari belakang telah menolak-nolak dan memberi tekanan terhadap mereka yang berada di depan menyebabkan beberapa orang terjatuh ke atas lantai dan dipijak,” kata wartawan Egufe Yafugborhi dari akhbar Vanguard.

Insiden tersebut meragut sekurang-kurangnya 14 nyawa, menurut seorang jurucakap dari University of Port Harcourt Teaching Hospital.

“Terdapat beberapa orang lain mendapat rawatan per-ubatan di Unit Kecemasan, maka kami tidak dapat memberi satu jumlah yang jelas mengenai situasi pada masa sekarang,” Kem Daniel-Elebiga memberitahu AFP.

Pilihan raya pada Sabtu ini di negara paling ramai penduduk di Afrika akan melihat Buhari bertanding bagi penggal kedua selama empat tahun menentang bekas timbalan presiden Atiku Abubakar dalam apa yang dijangka sebagai persa-ingan sengit.

Sejak beberapa minggu lepas, ketegangan telah meletus antara APC dan parti pimpinan Abubakar, Parti Demokratik Rakyat (PDP).

PDP telah menuduh kerajaan cuba untuk menipu undi sementara APC menyatakan parti pembangkang sedang menghasut keganasan.

Lima orang maut semasa pertempuran pada hujung minggu antara penyokong dua parti politik utama di tenggara, kata polis pada Isnin lepas.

Mangsa, semuanya anggota APC, telah ditembak dan terbunuh pada Ahad lepas di sebuah pangsapuri di Effurun, berhampiran bandar minyak Warri, menurut jurucakap polis wilayah Delta Andrew Aniamaka.

Amerika Syarikat (AS), Britain dan Kesatuan Eropah (EU) sejak beberapa minggu memberi amaran secara umum terhadap penipuan undi dan keganasan dalam pilihan raya, serta turut menyuarakan kebimbangan mengenai pemecatan ketua hakim Nigeria oleh Buhari pada bulan lepas.

Pilihan raya terakhir di Nigeria pada 2015 telah dianggap bebas dan adil, namun pilihan raya negeri dan tempatan termasuk pilihan raya presiden lebih awal telah dimarakkan oleh keganasan dan tuduhan penipuan.

Dibandingkan dengan pilihan raya, kepentingan antarabangsa dalam pilihan raya Nigeria telah ditutupi ketika pentadbiran AS memberi tumpuan kepada isu-isu domestik dan Britain bergelut dengan usul keluar dari EU.

Sebuah koloni Britain sehingga 1960, Nigeria adalah sekutu kepada kedua-dua negara yang merupakan kediaman bagi komuniti diaspora besar Nigeria. — AFP

Advertisement