Anda di sini

Permaisuri Agong berkenan terima selempang Pandu Puteri

Advertisement
 Tunku Azizah (kiri) berkenan menerima menghadap Tunku Soraya yang merupakan Timbalan Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) pada majlis menghadap dan mempersembahkan Selempang Penaung Diraja PPPM di Istana Negara semalam. — Gambar Bernama
MESRA: Tunku Azizah (kiri) berkenan menerima menghadap Tunku Soraya yang merupakan Timbalan Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) pada majlis menghadap dan mempersembahkan Selempang Penaung Diraja PPPM di Istana Negara semalam. — Gambar Bernama
 Tunku Azizah (tengah) berkenan bergambar bersama Tunku Soraya (tiga kiri) yang merupakan Timbalan Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) serta anggota PPPM pada majlis menghadap dan mempersembahkan Selempang Penaung Diraja PPPM di Istana Negara, semalam. — Gambar Bernama
UNTUK ALBUM: Tunku Azizah (tengah) berkenan bergambar bersama Tunku Soraya (tiga kiri) yang merupakan Timbalan Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) serta anggota PPPM pada majlis menghadap dan mempersembahkan Selempang Penaung Diraja PPPM di Istana Negara, semalam. — Gambar Bernama

RAJA Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar semalam berkenan menerima selempang penaung diraja Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM).

Selempang itu dipersembahkan kepada baginda oleh Timbalan Yang Dipertua PPPM, Raja Puan Muda Perak Tunku Soraya Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah pada Majlis Menghadap dan Mempersembahkan Selempang Penaung Diraja Persatuan Pandu Puteri di Istana Negara.

Turut hadir Ketua Pesuruhjaya PPPM Datuk Jeyadhevi Subramaniam.

Tunku Hajah Azizah menggantikan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim yang sebelum ini Penaung Diraja persatuan itu. — Bernama

Advertisement