Anda di sini

Bekas MP UMNO masuk BERSATU, PH akan adakan mesyuarat: Lim

Advertisement
 Lim (tengah) menjawab pertanyaan media selepas majlis Penyerahan Cek Kepada Sekolah Tahfiz Yang Berdaftar di Kementerian Kewangan di Putrajaya semalam. — Gambar Bernama
JAWAB SOALAN: Lim (tengah) menjawab pertanyaan media selepas majlis Penyerahan Cek Kepada Sekolah Tahfiz Yang Berdaftar di Kementerian Kewangan di Putrajaya semalam. — Gambar Bernama

PUTRAJAYA: Tindakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menerima tujuh bekas Ahli Parlimen UMNO ke dalam parti itu akan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH), kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Katanya beliau telah membangkitkan keperluan untuk membincangkan perkara itu dalam Mesyuarat Majlis Presiden PH kepada Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad, yang bersetuju agar ia diadakan.

“Perkara ini harus dibincang dalam Mesyuarat Majlis Presiden atas semangat Pakatan Harapan,” kata Lim yang juga Menteri Kewangan, pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Cek Kepada Sekolah Tahfiz Yang Berdaftar, di Kementerian Kewangan di sini semalam.

Kelmarin, enam bekas Anggota Parlimen UMNO iaitu Datuk Seri Hamzah Zainudin (Larut), Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (Mer-sing), Datuk Shabudin Yahaya (Tasik Gelugor), Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam) dan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah) menerima kad keanggotaan BERSATU daripada Dr Mahathir.

Turut menerima kad keanggotaan BERSATU kelmarin ialah Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin, yang menyertai BERSATU hujung tahun lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, yang juga Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), yang juga hadir pada majlis itu berkata, penyertaan bekas anggota UMNO ke dalam mana-mana parti PH tidak bermakna mereka ‘suci dari dosa lama’.

“Apa yang dia buat dulu walau dia masuk Pakatan Harapan dia tetap akan menanggung kesalahan yang telah dia lakukan sama ada (mengeluarkan) kenyataan dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata sesiapa yang ingin menyertai Pakatan Harapan perlu yakin dan menerima apa yang diperjuangkan pakatan itu.

“Ini adalah supaya tidak ada apa-apa motif lain yang memungkinkan mana-mana pihak menyoal dari segi moraliti penyertaan mereka,” katanya.

Mujahid berkata beliau yakin BERSATU telah me-lakukan penelitian sebelum menerima bekas anggota UMNO dan beliau turut bersetuju agar perkara itu di-bincangkan dalam Mesyuarat Majlis Presiden supaya tidak berlaku salah guna ‘lompat parti’ atas kepentingan lain. — Bernama

Advertisement