Anda di sini

78 lari dari penjara ketika protes antikerajaan di Haiti: Polis

Advertisement
 Perusuh menjarah sebuah kedai elektronik sewaktu protes antikerajaan di Port-au-Prince pada Selasa. — Gambar Reuters
AMBIL KESEMPATAN: Perusuh menjarah sebuah kedai elektronik sewaktu protes antikerajaan di Port-au-Prince pada Selasa. — Gambar Reuters

PORT-AU-PRINCE: Ke-semua 78 tahanan di sebuah penjara di Haiti melarikan diri pada Selasa, ketika satu tunjuk perasaan membantah Presiden Jovenel Moise yang merupakan sebahagian daripada pergerakan seluruh negara yang semakin ganas, kata polis.

Beberapa saksi menyatakan bantahan anti-Moise telah dilakukan di depan balai polis bersambung dengan pusat tahanan di Aquin, sebuah pekan mempunyai kira-kira 100,000 orang di pantai se-latan Semenanjung Tiburon di negara ini.

Bekas koloni Perancis itu berada dalam genggaman krisis politik yang berkembang yang melihat rakyatnya berkumpul di jalan raya di ibu negeri Port-au-Prince dan kawasan lain sepanjang minggu lepas bagi menuntut peletakan jawatan oleh Moise.

Beberapa penghadang telah diletakkan di beberapa kawasan di ibu negara dan bandar-bandar lain, dengan penunjuk perasaan menuntut jawapan presiden bagi laporan mengenai pengurusan yang salah dan kemungkinan penyelewengan dana pembangunan di negara miskin Caribbean.

Keadaan penjara di Haiti telah dianggap sebagai antara yang paling kejam di dunia oleh kumpulan hak asasi manusia. Tahanan berdepan keadaan yang sangat sesak, tahap kebersihan rendah, kekurangan makanan dan kekurangan rawatan perubatan.

Sistem kehakiman adalah sangat lembab dan telah dipersalahkan sebagai menyumbang kepada krisis tersebut.

Pada Oktober, satu siasatan mendapati bahawa tiga perempat daripada 11,839 orang yang dipenjarakan di Haiti masih menunggu keputusan mahkamah – satu penangguhan yang kadangkala berterusan sehingga satu dekad.

Penunjuk perasaan telah menuntut Moise meletakkan jawatan berhubung dengan satu skandal tertumpu kepada dana Petrocaribe, di mana Venezuela membekalkan Haiti dan negara Caribbean dan Amerika Tengah yang lain dengan minyak pada harga potongan dan terma hutang yang mudah selama beberapa tahun.

Siasatan menunjukkan bahawa hampir $2 bilion daripada program tersebut telah disalahgunakan.

Satu laporan dikeluarkan pada Januari mengenai salah guna wang yang turut me-namakan sebuah syarikat yang diketuai ketika itu oleh Moise sebagai seorang waris untuk dana daripada satu projek pembinaan jalan raya yang tidak pernah menandatangani kontrak.

Semasa kempen pilihan rayanya, Moise menjanjikan “rezeki untuk semua orang,” namun kebanyakan rakyat Haiti masih lagi berusaha untuk memenuhi keperluan hidup dan berdepan inflasi yang meningkat 15 peratus sejak pilihan rayanya.

Sebuah kumpulan perunding dianggotai oleh seorang pegawai kanan dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Brazil dan sebuah pakatan negara barat telah menyeru kepada ahli politik Haiti agar mengadakan sesi dialog  mengenai krisis itu, menyuarakan rasa kesal di atas kehilangan nyawa dan kerosakan berpunca daripada bantahan.

Ketika kerajaan tidak memberi respons kepada tuntutan penunjuk perasaan, kumpulan pembangkang juga gagal untuk memberi sebarang penyelesaian kukuh kepada krisis itu, selain menyeru kepada presiden agar meletakkan jawatan. — AFP

Advertisement