Anda di sini

Tujuh warga asing didakwa masuk secara haram

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Tujuh warga asing antaranya seorang wanita yang mengandung tujuh bulan, dihadapkan di Mahkamah Sesyen, atas kesalahan memasuki negara ini secara haram.

Mereka yang didakwa mengikut Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 mengaku salah di depan Hakim Azreena Aziz, setelah pertuduhan dibacakan.

Kasmir Wilson, 21, dikenakan penjara empat bulan, sementara Mohd panji Nordin, 26, Hatim Singan, 21, Liaman Mardan, 30, Ajis Tuah Jali, 30, dan Misdan Mustab masing-masing penjara lima bulan.

Mereka juga diperintahkan dikenakan satu sebatan, sementara mahkamah menetapkan sebutan semula kes pasa 25 Februari terhadap Siti, 25.

Mereka ditangkap pihak berkuasa selepas didapati menetap di negara ini tanpa dokumen yang sah pada 21 Februari hingga 25 Disember tahun lalu dan 15 hingga 27 Januari.

Semasa rayuan semua tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman mereka diringan dan Mohd Panji mendakwa dilahirkan di Sabah.

Azreena memerintahkan mereka yang bekerja sebagai buruh dan nelayan menjalani hukuman bermula dari tarikh tangkap.

Pegawai Pendakwa ASP Sabrina Jinius mewakili pihak pendakwaan.

  • oleh
  • Advertisement