Anda di sini

Seorang lagi penunjuk perasaan maut dalam demonstrasi di Haiti

 Orang ramai berdiri di sekeliling mayat seorang lelaki yang maut dalam pertelingkahan dengan polis sewaktu demonstrasi pada hari kelima protes di Port-au-Prince pada Isnin untuk membantah Presiden Haiti Jovenel Moise dan penyalahgunaan dana Petrocaribe. — Gambar AFP
KORBAN TERBAHARU: Orang ramai berdiri di sekeliling mayat seorang lelaki yang maut dalam pertelingkahan dengan polis sewaktu demonstrasi pada hari kelima protes di Port-au-Prince pada Isnin untuk membantah Presiden Haiti Jovenel Moise dan penyalahgunaan dana Petrocaribe. — Gambar AFP

PORT-AU-PRINCE: Seorang lagi penunjuk perasaan meninggal dunia dalam demonstrasi membantah inflasi dan menuntut Presiden Haiti, Jovenel Moise meletakkan jawatan.

Angka korban kini meningkat kepada tiga orang sejak bantahan bermula Khamis lepas.

Ratusan rakyat Haiti berkumpul di pusat bandar Port-au-Prince dan di beberapa negeri lain sebagai membantah pentadbiran Moise, berikutan laporan mengenai ketidakmampuannya menguruskan perbelanjaan awam di tengah-tengah krisis ekonomi yang melanda.

Bantahan telah melumpuh-kan bandar itu selama tiga hari berturut-turut selain menyebabkan pembatalan perayaan pra-Carnaval yang sepatutnya berlangsung di dua bandar utama.

Mata wang negara, gourde Haiti jatuh merudum dan inflasi berada pada 15 peratus setiap tahun. Bajet negara tahun ini pula defisit sebanyak $89.6 juta

“Kami tidak boleh tahan lagi. Satu bungkusan kecil beras dijual dengan harga 60 gourdes (75 sen), kotak kecil susu pekat pula berharga 35 gourdes (45 sen). Mata wang negara langsung tidak mempunyai makna dibandingkan dengan dolar AS,” kata penunjuk perasaan di kalangan belia yang menerima gaji minima $15 seminggu.

Pada Sabtu petang jalan masuk utama ke Port-au-Prince dipasang penghadang apabila penunjuk perasaan bertindak membakar tayar sebagai simbol kemarahan terhadap perbuatan rasuah yang berleluasa dalam kerajaan.

Beberapa kereta yang me-lalui jalan berhampiran juga dirompak, dibakar atau diba-ling dengan batu.

Bantahan itu berlaku selepas 33 tahun sejak kejatuhan pemerintahan diktator keluar-ga Duvalier selama 28 tahun dan ulang tahun kedua Presiden Jovenel Moise mengambil alih jawatan. — Bernama