Anda di sini

Pemergian Andrew Wong satu kehilangan besar

Advertisement
 Dr Sim ketika ditemui pemberita semalam.
TERKEJUT: Dr Sim ketika ditemui pemberita semalam.

SIBU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian menyifatkan bekas Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Datuk Andrew Wong Kee Yew sebagai seorang pemimpin yang berpotensi besar pada masa depan.

Oleh itu, beliau berasakan pemergian anak kepada Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh itu adalah suatu kehilangan yang besar.

“Saya juga terkejut dengan berita kematian mendiang Andrew kerana saya lihat beliau seorang yang sihat, aktif dan banyak mengikuti pelbagai aktiviti.

“Jadi pemergian beliau adalah suatu kehilangan yang besar kerana beliau seorang anak muda yang mempunyai potensi besar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengadakan kunjungan Tahun Baharu Cina ke kediaman Temenggung Datuk Vincent Lau Lee Ming di Jalan Camar di sini, semalam.

Menurut presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) itu, kali terakhir beliau berhubung dengan mendiang adalah pada hujung tahun lepas melalui aplikasi pesanan ringkas WhatsApp.

Sehubungan itu, jika berkesempatan beliau me-rancang untuk memberi penghormatan terakhir kepada mendiang pada hari ini.

“Selepas tamat program              di Sibu hari ini (semalam), saya akan kembali ke Ku-                    ching tetapi saya akan kembali ke Sibu lagi esok hari (hari ini) untuk memberi peng-hormatan terakhir kepada mendiang.

“Saya ucapkan takziah kepada Dato Sri (Wong Soon Koh) dan ahli keluarga,” katanya.

Sementara itu, Andrew, 43, ditemui tidak sedarkan diri di dalam bilik di kediaman keluarganya di Jalan Ipoh, malam Ahad.

Isteri Soon Koh, Datin Sri Pauline Leong, memeriksa Andrew di bilik tidurnya selepas tidak menyahut pang-gilan untuk turun makan malam.

Sebaik sahaja ibu mendiang membuka pintu, beliau mendapati Andrew terbaring di atas lantai dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Berikutan itu, doktor dipanggil ke kediaman mereka untuk memeriksa keadaannya namun disahkan meninggal dunia sekitar jam 11 malam.

Andrew meninggalkan seorang balu dan dua anak, masing-masing seorang lelaki dan seorang perempuan.

  • oleh
  • Advertisement