Anda di sini

Pemandu terlibat lumba haram didenda RM1,800

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang mengambil bahagian dalam pertandingan lumba haram, dikenakan denda RM1,800 oleh Mahkamah Majistret di sini.

Asward Padawi, 28, dijatuhkan hukuman itu oleh Majistret Stephanie Sherron Abbie selepas mengaku bersalah.

Jika gagal membayar denda terbabit, mahkamah memerintahkan penjara selama dua minggu dikenakan.

Tertuduh sebagai pemandu yang terlibat dalam aktiviti lumba haram itu, didapati memandu dengan kelajuan yang tidak diluluskan pada 12 April 2015 jam 12.20 tengah malam di Jalan Lintas depan Metro Town, di sini.

Atas kesalahan itu, Asward disabitkan mengikut Seksyen 81 (3) Akta Pengangkutan Jalan 1987, denda maksimum RM2,000 atau penjara selama enam bulan, atau kedua-dua.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Insp Mohd Firdaus Che Mustapa dari Jabatan Trafik dan peguam Hairul Vaiyron Othman mewakili tertuduh.

  • oleh
  • Advertisement