Anda di sini

Kebakaran musnah hotel Delhi, 17 maut

Advertisement
 Kakitangan Jabatan Bomba Delhi                          (DFS) dan polis Delhi berdiri di luar Hotel Arpit Palace selepas memadamkan kebakaran yang berlaku di premis tersebut                               di New Delhi pada Selasa. — Gambar AFP
BENCANA TERBAHARU: Kakitangan Jabatan Bomba Delhi (DFS) dan polis Delhi berdiri di luar Hotel Arpit Palace selepas memadamkan kebakaran yang berlaku di premis tersebut di New Delhi pada Selasa. — Gambar AFP

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 17 orang maut pada Selasa selepas kebakaran memusnahkan sebuah hotel bajet di Delhi sebelum subuh, dalam bencana terbaharu yang menimbulkan kebimbangan mengenai ke-selamatan api di India.

Kebakaran berlaku di Hotel Arpit Palace dalam bahagian yang sesak di tengah Delhi, dengan gambar yang me-nunjukkan api menyelubungi seluruh tingkat teratas.

“Kami sudah mengesah-kan dengan pihak berkuasa hospital, bilangan kematian sekarang adalah 17 termasuk seorang kanak-kanak,” kata seorang pegawai jabatan bomba, Sunil Choudhary, kepada AFP.

Laporan media tempatan menyebut wanita dan kanak-kanak tersebut terkorban ketika mereka cuba menyelamatkan diri dengan terjun dari tingkap.

Pengarah Jabatan Bomba Delhi, G.C. Misra, berkata kebakaran sudah terkawal dan 35 orang diselamatkan oleh anggota bomba dalam operasi selama beberapa jam.

“Terdapat panel kayu pada koridor yang menyebabkan orang tidak dapat mengguna-kan koridor untuk keluar,” kata seorang lagi pegawai bomba kepada pemberita.

Gambar menunjukkan ke-pulan api dan asap tebal di tingkat teratas hotel setinggi tiga tingkat itu, yang popular di kalangan pengembara bajet.

Polis berkata mereka sedang menyiasat punca kebakaran.

Kebakaran dipadamkan pada awal pagi dengan bantuan sekurang-kurangnya 25 enjin bomba, dan tingkat teratas musnah dijilat api.

Kebakaran biasa berlaku di India disebabkan oleh standard keselamatan yang rendah serta penguatkuasaan peraturan yang longgar.

Aktivis berkata pembina dan pemilik tanah sering mengetepikan keselamatan untuk menjimatkan kos dan menuduh pihak berkuasa sivik cuai dan bersikap acuh tak acuh.

Bencana kebakaran khususnya kerap berlaku di Mumbai, ibukota kewangan India, di mana jutaan hidup dalam keadaan yang sesak dan usang disebabkan oleh sewa tinggi.

Pada Disember lalu, lapan orang maut apabila kebakaran memusnahkan sebuah hospital di Mumbai, ibu kota negeri barat Maharashtra.

Pada 2017, 14 orang terbunuh, juga di Mumbai, apabila kebakaran besar berlaku di sebuah restoran yang popular. — AFP

Advertisement