Anda di sini

Glamor Hollywood, gemerlap hiasan di acara karpet merah BAFTA

Advertisement
GLENN CLOSE
GLENN CLOSE

GAUN warna gelap tetapi penuh hiasan, rupa monokrom dan sut seluar panjang yang pelik mendominasi karpet merah di Anugerah BAFTA pada Ahad lepas, dan beberapa bintang kembali kepada glamor Hollywood yang lama untuk anugerah filem utama di Britain itu.

Dua calon Glenn Close dan Melissa McCarthy selain dua penyampai anugerah Salma Hayek dan Cate Blanchett semua memilih jubah hitam untuk acara itu, yang dihiasi sekuin atau sulaman yang berkilauan.

Gaun hitam Blanchett mempunyai leher baju yang dipenuhi batu-batu berwarna. Hayek menambah lilitan kepala jaringan emas yang menarik untuk melengkapkan pakaiannya.

“Terdapat kesukaan semula yang tulen kepada glamor Hollywood yang lama,” kata Holly Rains, editor digital di majalah Marie Claire UK, kepada Reuters.

“Kita melihat Salma Hayek dengan rasa ala vintaj ini dengan lilitan kepalanya yang benar-benar menonjolkan glamor zaman 1920.”

AMY ADAMS
AMY ADAMS

Amy Adams juga kembali kepada glamor Hollywood lama dalam gaun merah bertali pinggang yang lawa dengan simpulan yang teliti di bahagian bahunya, manakala seorang lagi calon Aktres Pembantu Claire Foy memilih gaun tanpa tali berwarna hijau gelap.

Rupa monokrom juga ada, dengan aktres ‘Widows’ Viola Davis yang memakai gaun hitam dengan simpulan reben warna putih yang besar di bahagian hadapan.

“Kita menyaksikan banyak simpulan reben di atas karpet merah. Ia telah menjadi penampilan utama sepanjang musim anugerah,” kata Rains.

Pemenang anugerah Aktres Utama Olivia Colman juga memilih jubah hitam putih, dengan deretan kain dan leher baju besar.

Calon ‘Mary Queen of Scots’ Margot Robbie memakai gaun yang berkilauan dengan lengan baju sutera yang digembar-gembur.

Isteri Putera William, Kate, memeriahkan karpet merah dengan memakai gaun satu bahu berwarna putih yang seakan-akan terapung-apung.

Sut seluar panjang, yang kelihatan di beberapa karpet merah pada musim anugerah sekarang, turut datang ke London, dengan pemenang ‘EE Rising Star’ Letitia Wright yang memakai pakaian serba putih dan penyanyi/aktres Mary J Blige yang memakai rekaan yang dihiasi rantai emas.

RAMI MALEK
RAMI MALEK

Pengacara Joanna Lumley dan pemenang anugerah Aktor Utama Rami Malek juga memakai sut putih.

Pelbagai warna ditonjolkan dalam gaun merah jambu hangat yang dipakai oleh penyampai anugerah Regina King, gaun merah tanpa tali yang dipakai oleh aktres Yalitza Aparicio dan pakaian renda biru Lily Collins.

CYNTHIA ERIVO
CYNTHIA ERIVO

Calon Cynthia Erivo tiba dengan memakai gaun sutera tanpa tali berskirt kembang ala puteri, pemenang Aktres Pembantu Rachel Weisz memakai gaun sutera krim yang feminin dan berbunga dengan tali pinggang yang berkilauan.

Bagi lelaki, sut hitam mendominasi, dengan calon Timothee Chalamet yang memilih but dan cetakan jelas. — Reuters

Advertisement