Anda di sini

Usaha kembalikan status Sabah dan Sarawak tidak mudah dilaksanakan: Masing

Advertisement
MASING
MASING

KUCHING: Usaha mengembalikan status Sabah dan Sarawak sebagai satu entiti atau satu wilayah dalam Malaysia adalah cadangan politik yang baik tetapi tidak mudah dilaksanakan.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Dr James Masing berkata ini kerana Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dengan jelas menyatakan Sabah dan Sarawak adalah dua wilayah berasingan dalam Persekutuan Malaysia.

“Ini mungkin cadangan politik yang baik tetapi ia lebih mudah dikatakan daripada melakukannya kerana MA63 dengan jelas menyatakan Sabah dan Sarawak dua wilayah berasingan dalam Persekutuan Malaysia,” katanya semalam.

Masing yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan berkata sekiranya Sabah dan Sarawak mahu digabungkan menjadi satu entiti, maka MA63 mesti disemak.

Selain itu katanya, Parlimen mesti bersetuju dan Dewan Undangan Negeri (DUN) kedua-dua negeri (Sarawak dan Sabah) mesti menyokong.

“Jika kita mahu menggabungkan Sarawak dan Sabah menjadi satu entiti, maka MA63 perlu disemak dan Parlimen mesti bersetuju dan kedua-dua DUN mesti menyokong,” tegasnya.

Semalam Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal meminta agar semua pihak menyokong usaha kerajaan untuk mengembalikan status Sabah dan Sarawak sebagai sebuah wilayah sebagaimana termaktub dalam MA63.

Tambah Shafie, perkara berkenaan telah dibincangkan bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semasa pertemuan mengenai MA63 baru-baru ini.

“Dalam pertemuan itu, kita telah bangkitkan perkara mengenai status kedudukan Sabah dan Sarawak sebagai wilayah. Saya yakin kerajaan persekutuan meluluskan perkara ini kerana ia telah termaktub dalam MA63,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Tahun Baharu Cina 2019 Parti Warisan Sabah (WARISAN) Tanjung Aru, Kota Kinabalu Sabah, kelmarin.

Advertisement