Anda di sini

Sarjan tentera antara lapan Orang Asli didakwa sebabkan kematian

Advertisement
 Lapan lelaki Orang Asli termasuk seorang anggota tentera berpangkat sarjan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Ipoh, semala atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki enam tahun lalu. — Gambar Bernama
DIDAKWA: Lapan lelaki Orang Asli termasuk seorang anggota tentera berpangkat sarjan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Ipoh, semala atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki enam tahun lalu. — Gambar Bernama

IPOH: Seorang sarjan tentera antara lapan lelaki Orang Asli yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki enam tahun lalu.

Mereka ialah Sjn. Hanny a/l Itam, 34; Norazizan a/l Awang, 34;  Lemay Uda Jamil, 34, Laies a/l PA Engah, 36; Ramlan a/l Dollah, 24; Jassiva a/l Pandak, 29; Azwan a/l Alim, 28 dan Irwan a/l Ngah, 27.

Mereka dituduh secara bersama-sama menyebabkan kematian Mohd Azrin Mohd Arif di Kampung Chenderung Kelubi, Tanjung Tualang antara jam 12 tengah malam hingga 3.30 pagi pada 5 April 2013, menurut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Hakim Datuk Julie Lack Abdullah menetapkan 11 Mac ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Naidatul Athirah Azman manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Media sebelum ini melaporkan polis menahan tujuh suspek di sekitar Kampung Gajah dan Tanjung Tualang antara 29 Jan hingga 2 Feb lalu sementara anggota tentera terbabit ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Arau, Perlis pada 4 Feb lalu.

Kesemua mereka ditahan bagi membantu siasatan kes Mohd Azrin yang mayatnya ditemukan terapung di kawasan lombong di kampung berkenaan pada 6 April 2013. — Bernama

Advertisement