Anda di sini

Riyadh tidak tahu lokasi mayat Khashoggi

Advertisement
 Hatice Cengiz, tunang kepada Khashoggi, menangis ketika bercakap kepada media pada 8 Februari sewaktu majlis pelancaran bukunya berjudul ‘Jamal Khashoggi’ di Istanbul, Turki. — Gambar Reuters
SEDIH: Hatice Cengiz, tunang kepada Khashoggi, menangis ketika bercakap kepada media pada 8 Februari sewaktu majlis pelancaran bukunya berjudul ‘Jamal Khashoggi’ di Istanbul, Turki. — Gambar Reuters

WASHINGTON: Riyadh tidak mengetahui lokasi mayat penentang Jamal Khashoggi, meskipun telah menahan kumpulan Arab Saudi yang membunuh beliau, kata seorang pegawai hal ehwal luar negara yang berpangkat tinggi dalam kerajaan dalam satu temu bual yang disiarkan pada Ahad.

Mayat wartawan penentang itu telah dikerat-kerat selepas pembunuhannya pada 2 Oktober di konsulat Arab Saudi di Istanbul namun mayatnya masih belum ditemui.

Adel al-Jubeir, menteri bagi hal ehwal luar negara di Arab, menyatakan pembunuhan telah dilakukan oleh beberapa pegawai Arab Saudi “yang bertindak di luar skop kuasa mereka” dan 11 orang telah didakwa bagi jenayah tersebut.

Namun ketika ditanya di mana mayat Khashoggi, beliau memberitahu program CBS “Face the Nation”, “Kami tidak tahu.”

Jubeir berkata pendakwa raya awam yang bertanggungjawab bagi kes telah meminta bukti daripada Turki namun tidak menerima sebarang respons.

Disoal kenapa mereka yang berada dalam tahanan tidak memberitahu di mana mayat itu, Jubeir menjawab: “Kami masih lagi menyiasat.”

“Kami sekarang mempunyai beberapa kebarangkalian dan kami sedang menanyakan mereka apa yang mereka telah lakukan terhadap mayat, serta saya fikir siasatan ini sedang dilakukan, dan saya menjangka bahawa tidak lama lagi kita akan menemui kebenarannya,” ujar beliau.

Jubeir telah ditemu bual pada Jumaat lepas, hari yang Presiden Donald Trump mengabaikan satu tarikh tamat kongres untuk melaporkan tentang siapa yang membunuh Khashoggi, seorang kolumnis bagi The Washington Post yang bersifat kritikal secara terbuka terhadap Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman.

Agensi Penyiasatan Pusat (CIA) telah memutuskan bahawa operasi Arab Saudi itu berkemungkinan diarahkan oleh putera mahkota yang berkuasa, namun Rumah Putih telah menolak penemuan tersebut selain daripada pe-nafian tegas oleh Riyadh, sekutu utama AS.

Pada Jumaat lepas, The New York Times menyatakan pihak CIA telah memintas komunikasi oleh putera mahkota memberitahu seorang pembantu utama pada 2017 bahawa beliau akan memburu Khashoggi “dengan sebutir peluru” sekiranya wartawan itu tidak kembali ke Arab Saudi.

“Saya tidak akan memberi komen mengenai laporan berdasarkan kepada sumber yang tidak dikenal pasti,” tegas Jubeir.

“Putera mahkota, yang kami kenali, tidak akan me-ngarahkan perkara ini. Ini adalah bukannya satu operasi yang dibenarkan oleh kerajaan.” — AFP

Advertisement