Anda di sini

Pelabur China berminat bangun industri minyak dan gas Lawas

Advertisement
 Awang Tengah (empat kiri) disaksikan Dr Abdul Rahman (kiri) dan Dayang Morliah melukis kaligrafi Cina sebagai simbolik pengukuhan perpaduan kaum di negeri ini.
BERBAKAT: Awang Tengah (empat kiri) disaksikan Dr Abdul Rahman (kiri) dan Dayang Morliah melukis kaligrafi Cina sebagai simbolik pengukuhan perpaduan kaum di negeri ini.

LAWAS: Penyelidikan dan kajian awal akan dibuat pelabur luar dari China untuk membangunkan industri minyak dan gas di daerah ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, pihak pelabur sudah melakukan pertemuan dan mendapat kebenaran Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam usaha bersama bagi memacu perkembangan ekonomi Sarawak.

“Kerjasama ini akan mengubah keseluruhan pembangunan Lawas kepada sesuatu yang baharu dan drastik serta memerlukan penglibatan tenaga muda yang berkemahiran tinggi untuk turut menyumbang dalam sektor ini,” ujarnya kepada media pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina 2019 di Stadium Tertutup Lawas malam kelmarin.

Turut hadir isteri beliau Datuk Dayang Morliah Datuk Awang Daud, Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail, Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang dan pengerusi pengelola Chu Sing Chung.

Awang Tengah yang juga Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Kedua dan Menteri Pembangunan Perindustrian dan Usahawan Sarawak menambah, Kerajaan Sarawak melalui RECODA dan agensi di bawahnya seperti NRDA akan meneruskan pembangunan infrastruktur bagi daerah Limbang dan Lawas.

“Ini melibatkan kemudahan pendidikan, infrastruktur awam dan kemudahan utiliti untuk penduduk di bahagian Limbang ini sendiri.

“Pelaksanaan sektor berasaskan minyak dan gas untuk Lawas dijamin memberi limpahan peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor,” katanya.

 
Advertisement