Anda di sini

Kereta bertembung, pemandu wanita meninggal dunia

Advertisement
ORANG awam berusaha membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kenderaannya.
ORANG awam berusaha membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kenderaannya.

SEMPORNA: Seorang wanita meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan maut di KM12 Jalan Semporna-Tawau, di sini, kira-kira jam 8.20 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Semporna Supt Peter Umbuas berkata kenderaan yang dipandu mangsa, Arbayah Johan, 54, bertembung dengan kereta lain dari arah bertentangan.

“Pemandu kenderaan, lelaki, 36, yang turut terbabit dalam kemalangan itu mengalami kcederaan parah patah tangan dan kaki kanan,” katanya, menerusi kenyataan media.

Peter berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa kenderaan yang dipandu Arbayah dalam perjalanan dari arah Semporna menuju ke Bandar Tawau.

Menurutnya, kemalangan berlaku selepas lelaki terlibat cuba memintas kenderaan lain dengan memasuki laluan bertentangan namun mengakibatkan pertembungan berlaku.

“Arbayah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya, sambil mengesahkan bahawa jenazah mangsa dibawa ke Hospital Tawau untuk bedah siasat.

Mengulas lanjut, beliau berkata pemandu lelaki yang turut terlibat pula dihantar ke Hospital Semporna, sebelum dibawa ke Hospital Tawau untuk rawatan susulan.

Utusan Borneo difahamkan, siasatan kes berkenaan masih lagi diteruskan oleh pihak polis dan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

  • oleh
  • Advertisement