Anda di sini

Keluarga tahanan di Kemboja dipanggil ke Pejabat Wilayah Sarawak Kementerian Luar 

Advertisement
keluarga mangsa tahanan di Kemboja tiba di Pejabat Wilayah Sarawak, Kementerian Luar Negeri Malaysia di Bangunan Sultan Iskandar di sini
keluarga mangsa tahanan di Kemboja tiba di Pejabat Wilayah Sarawak, Kementerian Luar Negeri Malaysia di Bangunan Sultan Iskandar di Kuching, hari ini

KUCHING: Beberapa ibu bapa termasuk ahli keluarga mangsa tahanan di Kemboja dipanggil ke Pejabat Wilayah Sarawak, Kementerian Luar Negeri Malaysia di Bangunan Sultan Iskandar di sini, hari ini.

Mereka dibawa berjumpa dengan pengarahnya, Deddy Faisal Ahmad sekitar jam 12 tengah hari, namun perbincangan dibuat secara tertutup tanpa membenarkan pihak media masuk.

Sebaik selesai, semua mereka seakan-akan diarahkan untuk bergegas keluar dan tidak dibenarkan untuk bercakap kepada pihak media.

Namun difahamkan, pertemuan itu adalah untuk memaklumkan tentang keadaan tahanan kepada ibu bapa serta ahli keluarga masing-masing.

Ketika ini, semua 47 tahanan warga Malaysia yang berusia antara 19 hingga 44 tahun dipenjarakan di penjara wilayah Banteay Meanchey, Kemboja setelah mereka ditangkap pada 11 Disember lalu kerana disyaki terlibat dalam perjudian atas talian secara haram.

Daripada 47 mereka yang ditahan itu, seramai 44 orang ialah dari Sarawak.

Usaha untuk membebaskan kesemua mereka juga sedang dibuat oleh kerajaan menerusi kedutaan Malaysia di Kemboja.
 

  • oleh
  • Advertisement