Anda di sini

Dua kumpulan migran ditahan di sempadan AS-Mexico

Advertisement
 Migran dari Amerika Tengah dilihat diiringi pegawai Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) selepas menyeberangi sempadan dari Mexico untuk menyerah diri kepada pegawai di El Paso, Texas, AS dalam gambar ini yang diambil dari Ciudad Juarez, Mexico pada Ahad. — Gambar Reuters
DITAHAN: Migran dari Amerika Tengah dilihat diiringi pegawai Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) selepas menyeberangi sempadan dari Mexico untuk menyerah diri kepada pegawai di El Paso, Texas, AS dalam gambar ini yang diambil dari Ciudad Juarez, Mexico pada Ahad. — Gambar Reuters

KOTA MEXICO: Dua kumpulan migran yang memasuki Amerika Syarikat (AS) tanpa dokumen sah ditahan anggota penguatkuasa di sempadan AS-Mexico.

Kumpulan terdiri 325 migran tanpa izin ditahan di sempadan Arizona-Mexico oleh Anggota Sempadan Tuscan pada Khamis.

Pada Jumaat, satu lagi kumpulan seramai 290 orang ditahan selepas melintasi sempadan di kawasan barat daya New Mexico, berhampiran Antelope Wells, 197 kilometer barat El Paso, Texas.

Beberapa kanak-kanak turut dijangkiti penyakit dan terpaksa dimasukkan ke hospital.

Tahun ini sahaja pengawal sempadan Tuscan telah menahan seramai 650 migran manakala kira-kira 100 lagi migran ditangkap di sempadan Texas sejak 1 Oktober tahun lepas.

Minggu lalu, kira-kira 1,600 pendatang ditahan di sempadan AS-Mexico berhampiran Texas dan berharap mereka diberikan suaka.

Presiden Donald Trump pada Selasa mengatakan seramai 3,750 pasukan tentera tambahan akan dihantar ke sempadan untuk membantu anggota sedia ada.

Pada akhir Januari, puluhan pencari suaka dari Amerika Tengah dihantar semula ke Mexico di bawah Dasar Imigresen baharu yang diper-kenalkan pentadbiran Trump. — Bernama

Advertisement