Anda di sini

Alta Moda Sarawak bantu promosi produk fesyen tempatan

Advertisement
Abdul Karim (duduk tiga kiri) menyaksikan pertunjukkan daripada pereka yang terlibat dalam AMS  bersama hasil rekaan mereka.

Abdul Karim (duduk tiga kiri) menyaksikan pertunjukan fesyen oleh model yang memperagakan busana rekaan pereka tempatan 

KUCHING: Acara Alta Moda Sarawak (AMS) mampu menjadi wadah untuk membantu serta menyokong pereka fesyen dan artis Sarawak kepada dunia luar.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata AMS mampu menarik kedatangan pelancong datang sekali gus mempromosikan produk rekaan tempatan kepada pihak dari luar.

"Industri fesyen adalah industri berbilion dolar di seluruh dunia kerana ia melibatkan sekumpulan besar orang yang datang dari semua latar belakang kerja termasuk dari hasil pengeluaran kepada reka bentuk dan pemasaran. 

"Maka adalah sesuatu yang membanggakan untuk Alta Moda Sarawak kerana mempunyai objektif untuk mempromosikan Sarawak sebagai negeri terdiri daripada kepelbagaian etnik dan budaya yang berlainan. 

"Saya yakin bahawa AMS akan menjadi acara tahunan yang berjaya untuk mempromosikan Sarawak sebagai hab fesyen terkemuka di Asean seterusnya menarik minat pelancong serta membeli produk pereka tempatan," katanya pada sidang media mengenai AMS di sini, hari ini.

AMS merupakan jenama platform kepada pereka tempatan yang berkumpul menunjukkan bakat dan ciptaan mereka masing-masing dalam pertunjukkan berprestij yang akan diadakan pada 7 hingga 9 Mac 2019 di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) lama di sini.

Tambah Abdul Karim, penganjuran AMS juga dapat memainkan peranan sebagai salah satu pemangkin dan pemain utama dalam membantu menjana aliran kemasukan pelancong ke negeri ini di bawah inisiatif pelancongan Sarawak.

"Kami optimistik AMS menjadi platform jenama bagi pereka Sarawak untuk bersama-sama mempamerkan bakat dan ciptaan mereka ke seluruh dunia," katanya.

Beliau berkata, kementerian menyokong usaha penganjur dengan berobjektifkan untuk mempromosikan Sarawak sebagai negeri dengan kepelbagaian kumpulan etnik dan budaya yang berlainan.

Pengerusi pengelola AMS, Datin Esther Mujan Balan berkata, pihaknya melihat acara itu boleh menjadi satu pemangkin dalam membantu menjana kedatangan pelancong ke Sarwak di bawah satu payung bersama pelancongan negeri.

"Kami teruja mengadakan acara ini serentak dengan Kempen Melawat Sarawak dengan sokongan daripada Kementerian Pelancongan Sarawak dan Lembaga Pelancongan Sarawak," katanya sambil memberitahu lebih 20 pereka fesyen yang akan terlibat dalam acara berkenaan.

  • oleh
  • Advertisement