Anda di sini

AEON anjur program latihan untuk OKU

Advertisement
 Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chen Jen melancarkan Program Latihan Keupayaan OKU anjuran AEON.
BANGGA: Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen (tengah) melancarkan Program Latihan Keupayaan OKU anjuran AEON.

KUALA LUMPUR: Untuk menyambut tahun baharu, AEON Co. (M) Bhd memulakan usaha memperkukuhkan lagi hubungan dengan komuniti, dengan memulakan program latihan untuk golongan kurang upaya dikenali sebagai ‘PWD Able for Disable Training Programme’.

Bermula tahun 2018, program itu menyaksikan bahagian Pembangunan dan Pembelajaran Sumber Manusia EAON menganjurkan sesi-sesi latihan untuk pekerja di seluruh Malaysia iaitu sejumlah 90 golongan kurang upaya (OKU) dan 34 pegawai sumber manusia.

AEON mahu meneruskan program latihan itu dan secara rasmi telah memulakannya bagi tahun ini.

Menurut kenyataan akhbar dikeluarkan AEON semalam program latihan itu seiring dengan usaha-usaha kerajaan untuk meningkatkan kadar penggajian dalam kalangan OKU.

Program latihan itu juga bertujuan mengurangkan jurang antara jabatan ketua-ketua staf dan staf kurang upaya dengan menyediakan landasan membenarkan komunikasi terbuka antara kedua-dua pihak.

Lebih penting menurut AEON ialah program itu amat bermakna kepada staf AEON dalam kalangan OKU dan pengurusan menjajarkan matlamat pencapaian dan mencapai keputusan lebih baik apabila memberi perkhidmatan kepada pelanggan.

Hadir sama pada majlis pelancaran program itu ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

“Apabila kita memasuki tahun baharu, satu harapan kita  untuk Malaysia Baharu ialah keharmonian sosial dipelihara dan saya percaya ia cara yang hebat dilakukan dengan memperkasakan setiap ahli masyarakat dengan kemahiran pekerjaan tertentu tanpa mengira latar belakang,  kepercayaan atau kasta.

“Diharap lebih banyak syarikat di Malaysia akan mengikut jejak langkah AEON dan kita akan melihat lebih banyak program seperti ini dalam waktu terdekat,” katanya.

Pada tahun 2018, program latihan dirangka bagi menyediakan staf OKU dengan kemahiran diperlukan untuk berkomunikasi dan melakukan pelbagai skop kerja berkaitan kepada pelbagai jabatan di pasar raya AEON.

Sebagai tambahan, Prosedur Operasi Standard (SOP) diutamakan bagi memperkukuhkan aliran kerja.

Tahun ini, objektif program latihan ialah memantapkan projek ini dengan menyelesaikan sebarang isu dikenal pasti semasa pusingan pertama program itu dianjurkan.

Pengarah Urusan AEON Co. (M) Bhd  Shinobu Washiwaza berkata: “Kami sentiasa berusaha memberi balik kepada komuniti den dengan program latihan ini, EAON komited berkembang, tidak hanya sebagai syarikat peruncitan tetapi sebagai sebahagian daripada komuniti itu sendiri.”

Sebagai tambahan pelancaran program itu tahun ini, majlis penyampaian hadiah turut diadakan. Rata-rata staf OKU dan jurulatih diberi pengiktirafan dan SOP paling efektif diumumkan.

Advertisement