Anda di sini

Untung perniagaan menurun

Advertisement
 Law (lima kanan) menerima surat jemputan ke Majlis Lantikan Ahli Jawatankuasa Baharu NSJA daripada Margaret (empat kiri) di Miri kelmarin.
KUNJUNGAN: Law (lima kanan) menerima surat jemputan ke Majlis Lantikan Ahli Jawatankuasa Baharu NSJA daripada Margaret (empat kiri) di Miri kelmarin.

MIRI: Beberapa sektor ekonomi utama diusahakan syarikat-syarikat perniagaan di sini menunjukkan penurunan dalam keuntungannya tahun lalu ekoran keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu.

Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Woodman Dato Sri Law Kiu Kiong berkata, dalam tempoh 50 tahun lalu dikirakan sebagai tahun-tahun paling sukar buat syarikat perniagaan.  

“Di Sarawak terutamanya di Miri, sektor ekonomi nyata menunjukkan penurunan dalam keuntungan adalah pembalakan, minyak kelapa sawit, minyak dan gas, perkapalan dan hartanah.

“Keadaan ekonomi semasa mengejutkan syarikat-syarikat mengusahakan sektor ekonomi terbabit kerana kelima-lima sektor itu menunjukkan penurunan serentak,” katanya ditemui pada kunjungan hormat Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA) di sini kelmarin.

Dalam kunjungan tersebut, Law menerima surat jemputan khas untuk menghadiri Majlis Lantikan Ahli Jawatankuasa Baharu NSJA di Hotel Dynasty, di sini pada 1 Mac depan.

Surat jemputan itu diserahkan oleh Pengerusi Penganjur Majlis Margaret Ringgit dan turut disertai sembilan ahli NSJA termasuk Presidennya Andy Jong.

Dalam pada itu, Law berkata walaupun dengan keadaan ekonomi tidak stabil, syarikat-syarikat di sini digesa terus menjalankan perniagaan dan tidak sama sekali menutup syarikat mereka begitu sahaja.

“Kerjasama antara pengurusan syarikat dan pekerja perlu ada agar misi dan visi dapat tercapai demi pembangunan syarikat pada tahun-tahun mendatang.

“Namun, di Malaysia kita masih baik berbanding negara-negara lain walaupun susah sikit, kita masih dapat bertoleransi dan hidup aman damai antara pelbagai kaum dan agama,” katanya.

Dalam pada itu, Law menggesa kerajaan membantu syarikat-syarikat pengusaha ekonomi utama di negara ini dalam menjalankan pemasaran produk-produk terbabit di luar negara.

  • oleh
  • Advertisement