Anda di sini

SESB tubuh pasukan jawatankuasa dalaman pastikan peralihan berjalan lancar

ROMBONGAN SESB merakamkan gambar kenangan bersama Juhar.
ROMBONGAN SESB merakamkan gambar kenangan bersama Juhar.

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menubuhkan pasukan jawatankuasa dalaman bagi memastikan proses peralihan SESB daripada Kerajaan Persekutuan berjalan lancar.

Pemangku Pengarah Urusan SESB Ir Abdul Nasser Abd Wahid menjelaskan, persetujuan Kerajaan Persekutuan untuk memulangkan semula hak pemilikan SESB kepada Kerajaan Negeri dalam tempoh dua tahun telah diputuskan.

"Persetujuan ini telah disampaikan oleh Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim ketika beliau membuat kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sabah pada Januari lalu.

“Sebagai persediaan untuk merealisasikan hasrat ini, SESB menubuhkan jwatankuasa pasukan dalaman bagi memastikan pertukaran maklumat, data yang tepat dan terkawal serta mengikut prosuder yang sepantutnya," katanya semasa mengadakan kunjungan hormat terhadapYang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahirudin di Istana Negeri hari ini.