Anda di sini

RM71 juta untuk pentadbiran, pengurusan institusi Islam

Advertisement
MUJAHID menyampaikan cenderahati kepada Juhar (dua dari kanan) sambil diperhatikan oleh Paimuzi (dua dari kiri) dan Norjeli.
MUJAHID menyampaikan cenderahati kepada Juhar (dua dari kanan) sambil diperhatikan oleh Paimuzi (dua dari kiri) dan Norjeli.

KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyalurkan peruntukan RM71 juta bagi memlancarkan pentadbiran dan pengurusan badan serta institusi Islam di Sabah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf berkata peruntukan itu meliputi pembayaran gaji kepada guru-guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa), Penyelia Kafa, imam dan guru taqmir.

“Diharap dengan peruntukan ini dapat meningkatkan dan menambah baik pentadbiran Islam di Sabah," katanya semasa mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri hari ini.

Tambah beliau, Jakim telah menubuhkan Institut Dakwah Islam Sabah bagi mengatasi kekurangan guru agama di Sabah pada masa akan datang.

Turut sama dalam kunjungan itu ialah Timbalan Ketua Pengarah Jakim Paimuzi Yahya dan Pengarah Jakim Sabah Norjeli Dais.

  • oleh
  • Advertisement