Anda di sini

Presiden Brazil beransur sembuh

 Bolsonaro menandatangani dokumen ketika masih terlantar di atas katil di Hospital Albert Einstein di Sao Paulo baru-baru ini. — Gambar Reuters
TETAP BEKERJA: Bolsonaro menandatangani dokumen ketika masih terlantar di atas katil di Hospital Albert Einstein di Sao Paulo baru-baru ini. — Gambar Reuters

SAO PAULO: Presiden Brazil Jair Bolsonaro beransur sembuh daripada demam akibat mengalami pneumonia selepas pembedahan perutnya pada dua minggu lepas, menurut hospitalnya kelmarin.

“Presiden tidak mengalami demam dan melakukan perkembangan pascapembedahan dan klinikal yang baik,” Hospital Albert Einstein di Sao Paulo menyatakan dalam perkembangan hariannya.

“Masalah paru-parunya telah bertambah baik, dan keputusan ujian makmal menunjukkan petanda yang menggalakkan.”

Sejak 28 Januari, Bolsonaro, 63, telah berada di pusat rawatan separuh intensif di Sao Paulo selepas satu prosedur untuk mengeluarkan pundi kolostomi dan menyambungkan bahagian usus.

Beliau menjalani satu pembedahan pada 28 Januari bagi menyambung semula ususnya supaya boleh melakukan pengeluaran sisa kumuhan secara biasa.

Ia merupakan pembedahan ketiga Bolsonaro sejak seorang lelaki menyerangnya dengan sebilah pisau ketika laluan kempennya.

Bekas kapten tentera itu adalah pengguna media sosial yang prolifik, di mana beliau melakukan beberapa bahagian besar dari kempen pilihan raya presidennya yang berjaya pada tahun lepas.

“Saya benar-benar ingin menyatakan terima kasih bagi doa dari majoriti rakyat Brazil,” menurut beliau dalam Twitter.

“Sekiranya tanpa mereka dan dengan kemahiran pakar yang telah membantu saya, dalam tiga pembedahan sepanjang tempoh lima bulan, saya mungkin tidak akan hidup.”

Walaupun beliau berharap untuk keluar dari hospital pada Rabu lepas, demam dan beberapa isu lain telah menimbulkan satu penangguhan.

Bagaimanapun, beliau sekarang sudah mampu untuk makan makanan lembut lagi, sebagai tambahan kepada cecair.

Secara rasminya, Bolsonaro meneruskan untuk mentadbir negara dari atas katil hospitalnya. — AFP