Anda di sini

Mayat tergantung di pokok tepi sungai

 

MUKAH. Seorang lelaki ditemukan mati dalam keadaan tergantung di sebatang pokok, tepi sungai Ulu Medong sekitar 7.50 malam Ahad.

Ketua Polis Daerah Dalat DSP Roslan Leman berkata, mangsa berusia 31 tahun dan masih bujang.

Melalui siasatan awal polis di tempat kejadian, tiada unsur jenayah dikesan.

"Kes masih dalam siasatan dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya dalam satu kenyataan.

Mayat dibawa ke Hospital Mukah untuk bedah siasat.