Anda di sini

Kembar siam Yaman mati dalam kepungan di Sanaa

Advertisement
 Para pelajar lain melihat seorang budak lelaki menerima vaksin demam campak dan rubella di sekolah mereka ketika program imunisasi enam hari dilancarkan di Sanaa, kelmarin. — Gambar Reuters
KEMPEN BERMULA: Para pelajar lain melihat seorang budak lelaki menerima vaksin demam campak dan rubella di sekolah mereka ketika program imunisasi enam hari dilancarkan di Sanaa, kelmarin. — Gambar Reuters

SANAA: Pasangan bayi kembar siam Yaman yang mana keadaan menyedihkan mereka mencetuskan satu rayuan untuk rawatan perubatan segera di luar negara telah meninggal dunia di Sanaa kelmarin, menurut pemberontak di ibu negara yang disekat tersebut.

Abdelkhaleq dan Abdelrahim dilahirkan di pinggir Sanaa kira-kira dua minggu lepas, berkongsi satu buah pinggang dan sepasang kaki namun mempunyai jantung dan paru-paru yang berasingan.

Ketua pediatrik di hospital Al-Thawra di Sanaa Dr Faisal al-Babili menyatakan jabatannya kekurangan kemudahan untuk merawat atau memisahkan bayi lelaki yang baharu lahir itu lantas merayu pada Rabu lepas bagi bantuan dari luar negara.

Pemberontak Huthi, yang telah menentang kerajaan disokong oleh Arab sejak 2014, mempersalahkan pakatan tentera diketuai Riyadh atas kematian itu selepas menolak untuk membuka lapangan terbang Sanaa untuk membenarkan mereka mendapatkan rawatan, menurut kenyataan media pemberontak kelmarin.

Pada lewat Rabu lepas, ketua Pusat Bantuan dan Rawatan Raja Salman di Arab Saudi Abdullah al-Rabeeahmenyatakan beliau mempunyai satu pasukan yang telah bersedia untuk merawat mereka.

Kawasan Yaman yang ditawan oleh pemberontak telah berada di bawah sekatan oleh pakatan tentera diketuai oleh Arab sejak ia campur tangan dalam menyokong kerajaan yang disekat pada Mac 2015.

Perkhidmatan kesihatan telah mengalami kejatuhan ketika konflik telah berlaku dan kebanyakan hospital adalah tidak dilengkapi untuk memberikan rawatan pakar untuk keadaan luar biasa.

Membawa pesakit keluar untuk rawatan memberikan cabaran logistik yang sangat besar.

Perunding telah mendesak bagi pembukaan semula lapangan terbang antarabangsa Sanaa.

Kerajaan menuduh pihak pemberontak sebagai menyeludup senjata melalui lapangan terbang dan Hodeida – sebuah bandar pelabuhan yang ditawan oleh pemberontak penting bagi penghantaran bantuan kemanusiaan.

Pakatan yang diketuai oleh Arab telah menyekat dengan teruk penerbangan pergi dan masuk dari Sanaa dan penghantaran melalui Hodeida.

Sejak 2015, kira-kira 10,000 orang telah terkorban dan lebih 60,000 orang tercedera dalam konflik, kebanyakan mereka adalah orang awam, menurut kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Kumpulan hak asasi manusia menyatakan jumlah sebenar adalah peningkatan lima kali ganda. — AFP

Advertisement