Anda di sini

Keakraban kaum di Belaga ibarat keluarga besar rai TBC

Advertisement
 Wilson dan rombongan semasa mengunjungi rumah Kapitan Teo (tengah).
KUNJUNGAN: Wilson dan rombongan semasa mengunjungi rumah Kapitan Teo (tengah).

KEHARMONIAN hidup suku kaum pelbagai etnik di Sarawak terserlah terutamanya pada sambutan musim-musim perayaan apabila mereka saling mengunjungi, berinteraksi, berkongsi kegembiraan dan hormat-menghormati antara satu sama lain, bukan sahaja di bandar bahkan jauh di pedalaman.

Keadaan itu dapat disaksikan semasa sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) antara komuniti yang meraikan sambutan perayaan itu penuh meriah di Pekan Belaga.

Jumlah komuniti Cina yang kecil sekitar 1,000 orang mendiami daerah Belaga bukan penghalang untuk komuniti itu meraikan perayaan itu di tengah-tengah komuniti Orang Ulu di kawasan itu.

Bahkan, masyarakat Kayan, Kenyah, Kajang, Kejaman, Ukit, Lahanan dan pelbagai lagi etnik Orang Ulu serta Melayu di Belaga akan sentiasa berkunjung ke rumah-rumah komuniti Cina yang ada di sekitar Pekan Belaga untuk meraikan perayaan tersebut.

 Rombongan pelbagai etnik Belaga semasa mengunjungi rumah salah seorang penduduk.
ERAT HUBUNGAN: Rombongan pelbagai etnik Belaga semasa mengunjungi rumah salah seorang penduduk.

Keakraban hubungan kaum seperti sebuah ‘keluarga besar’ dan saling menerima kehadiran satu sama lain menjadikan sambutan TBC di daerah itu cukup meriah dan memberi makna terutamanya kepada komuniti Tionghua itu sendiri.

Perkara itu diakui oleh Kapitan Teo Goh Tong yang mengalu-alukan komuniti di pekan itu termasuk pemimpin masyarakat di Belaga yang dilihat sama-sama berkunjung ke rumahnya bagi meraikan sambutan TBC sejak beberapa hari lepas.

Bekas kakitangan awam yang kini meneruskan perniagaan keluarganya di Belaga, Liew Chuen Jing turut mengakui perkara sama iaitu kemeriahan dan hubungan akrab komuniti Cina dengan masyarakat pelbagai etnik di daerah itu.

Liew berkata, sehingga hari ketiga sambutan TBC, ramai rakan dari pelbagai etnik dan keturunan mengunjungi rumahnya sekali gus menjadikan keadaan tersebut cukup meriah.

 Tetamu dari luar bersama Liwan (kanan) semasa mengunjungi rumah salah seorang penduduk.
MUHIBAH: Tetamu dari luar bersama Liwan (kanan) semasa mengunjungi rumah salah seorang penduduk.

Sementara itu, seorang peniaga mi kampua di Belaga, Neo Keh Seng berkata, TBC kali ini lebih meriah dan bermakna memandangkan anak dan menantunya

di Sabah pulang membawa cucunya yang baharu dilahirkan untuk meraikan perayaan bersama.

Ia membawa kebaikan dan menambah ahli keluarga untuk berkumpul meraikan perayaan di rumah, mereka meskipun jauh di kawasan pedalaman, katanya.

Manakala penuntut tahun akhir Universiti Sultan Zainal Abidin (UNIZA) Kuala Terengganu, Liu Mei May pula menyifatkan budaya kunjung-mengunjungi masyarakat Belaga ke rumah mereka amat diterima baik yang menjadi lambang keakraban hubungan baik pelbagai kaum di pekan kecil itu.

“Keunikan komuniti Tionghua di pekan ini juga bukan sekadar bertutur dalam bahasa ibunda kami sendiri termasuk bahasa Melayu, bahkan ada dalam kalangan kami mampu bertutur dalam bahasa etnik tempatan terutama dialek Kayan Kenyah,” kata Penghulu Peter Hoo Chee Hin yang mengucapkan ‘Selamat Tahun Baharu Cina’ dalam bahasa Kayan.

Selain itu, perkahwinan campur dengan masyarakat tempatan bukan juga asing bagi masyarakat Cina di Belaga.

Keadaan itu yang berlaku dalam keluarga Neo Hood Ann, seperti yang dikongsikan oleh menantu beliau Evelyn Jawa yang berketurunan Kenyah.

Anak-anak Neo Hood Ann berkahwin dengan mereka yang berketurunan Iban, India dari Semenanjung Malaysia dan Moari dari New Zealand.

Ia menjadikan hubungan sebuah keluarga dan kehormonian kaum yang terjalin di Belaga semakin berkembang, memperlihatkan situasi saling menerima dan bersedia untuk berkongsi detik kegembiraan menyambut perayaan berbeza.

Masyarakat Cina kebanyakannya merupakan peniaga di Pekan Belaga dan ada dalam kalangan mereka yang berkhidmat dalam sektor swasta dan kerajaan di tempat-tempat lain negeri ini dan Semenanjung Malaysia.

Ada juga dalam kalangan mereka yang telah berhijrah ke luar negara, tetapi kampung halaman tempat tinggal mereka di Belaga tetapi di hati.

Memeriahkan lagi keharmonian dan suasana TBC di pekan itu ialah kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Belaga Datuk Liwan Lagang dan

isteri serta Ahli Parlimen Hulu Rajang Datuk Wilson Ugak Kumbong.

  • oleh
  • Advertisement