Anda di sini

Bedah siasat Andrew Wong selewat-lewatnya esok

Advertisement
Andrew meninggal dunia pada malam Ahad

SIBU: Bedah siasat ke atas jasad bekas Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Dato Andrew Wong Kee Yew, 44, dijangka akan dijalankan hari ini atau selewat-lewatnya esok.

Menurut Ketua Polis Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit, sehingga laporan bedah siasat diterima, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Anak lelaki tunggal Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh itu meninggal dunia di kediaman mereka di Jalan Ipoh di sini, malam Ahad.

Difahamkan, upacara sembahyang dan pengebumian akan diadakan selepas proses bedah siasat selesai di Taman Memorial Nirvana Jalan Oya di sini.

Orang ramai yang ingin memberi penghormatan terakhir kepada mendiang boleh hadir dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.
 

Advertisement