Anda di sini

Anggota JPJ maut kereta bertembung di selekoh

Advertisement
Keadaan kedua-dua kenderaan selepas terlibat dalam kemalangan di selekoh Telok Sabang hari ini.
Kemalangan MPV dan 4WD di selekoh Telok Sabang meragut nyawa mangsa (gambar sisipan) hari ini.

KUCHING: Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) maut selepas terlibat dalam kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan kenderaan pacuan empat roda (4WD) di selekoh Telok Sabang berhampiran Kampung Tambir, Jalan Kota Samarahan-Asajaya, dekat sini hari ini.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu, mangsa yang maut dalam kejadian sekitar 7.50 pagi itu dikenali sebagai Sani Amit, 31 berasal Kampung Lot Baru, Sebuyau.

"Kemalangan berlaku apabila mangsa yang memandu kereta MPV seorang diri dari arah Asajaya menuju ke Kota Samarahan hilang kawalan di selekoh tersebut lalu memasuki laluan bertentangan dan berlanggar dengan kereta 4WD yang bergerak dari arah bertentangan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Alexson memberitahu, mangsa dibawa ke Pusat Jantung Sarawak meninggal dunia ketika menerima rawatan sekitar 9.30 pagi manakala warga emas, 62, yang merupakan pemandu kereta 4WD mengalami cedera ringan.

"Kes di siasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya lagi.

Pasukan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) turut ke lokasi untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu. 

Operasi ditamatkan pada pukul 8.40 pagi.
 

  • oleh
  • Advertisement