Anda di sini

Rodziah bersama rombongan BDA adakan kunjungan TBC

Advertisement
 Rodziah (tengah) bersama ahli rombongan merakam gambar dengan Yek Siew Liong (berdiri empat kanan) dan ahli keluarganya.
KENANGAN: Rodziah (tengah) bersama ahli rombongan merakam gambar dengan Yek Siew Liong (berdiri empat kanan) dan ahli keluarganya.
 Rodziah (empat kanan) serta rombongan merakam gambar kenangan bersama David (empat kiri) dan ahli keluarganya semasa kunjungan ke rumah ahli perniagaan itu.
UNTUK ALBUM: Rodziah (empat kanan) serta rombongan merakam gambar kenangan bersama David (empat kiri) dan ahli keluarganya semasa kunjungan ke rumah ahli perniagaan itu.
 Rodziah (dua kanan) dan rombongan merakam gambar bersama Francis Toh (duduk tiga kiri) dan ahli keluarganya.
MUHIBAH: Rodziah (dua kanan) dan rombongan merakam gambar bersama Francis Toh (duduk tiga kiri) dan ahli keluarganya.

SAMBUTAN Tahun Baharu Cina (TBC) di bahagian Bintulu meriah dengan aktiviti kunjung-mengunjung masyarakat pelbagai kaum ke rumah-rumah ahli perniagaan dan pengerusi persatuan pada hari pertama hingga hari keempat sambutan perayaan itu kelmarin.

Tidak ketinggalan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) Rodziah Morshidi serta pengurusan BDA turut mengadakan kunjungan bagi mengukuhkan hubungan antara BDA dan pihak terbabit.

Turut serta dalam kunjungan itu ialah Timbalan Pengurus Besar BDA Abdullah Mohd Sheriff, Setiausaha BDA merangkap Pengurus Kanan (Undang-undang) Siti Aishah Othman, Penolong Pengurus Besar (Khidmat Teknikal) Abdul Rahim Abdullah serta kakitangan BDA lain.

Antara kediaman yang dikunjungi ialah rumah Presiden Gabungan Persatuan Cina Berdaftar (FORCA) Bintulu Hii Toh Him di MLNG Housing Lorong Tun Khatib Tanjung Kidurong, Pengarah Urusan Harbour-Link Group Dato Francis Yong Piaw Soon dan Pemanca Datuk Dr Francis Toh di Taman Li Hua.

Turut dikunjungi ialah kediaman Yek Siew Liong di Jalan Sultan Iskandar dan ahli perniagaan merangkap pemilik Sing Kwong Supermarket David Tang Kuok Tiing di Taman Emas Jalan Durian Tembaga, Tanjung Batu.

Pelbagai juadah istimewa dijamu untuk rombongan BDA yang mengunjungi rumah terbuka terbabit.

  • oleh
  • Advertisement