Anda di sini

Kunjungan Abang Johari semarakkan kemeriahan sambutan TBC di Miri

Advertisement
 (Dari kiri) Juma’ani, Abang Johari, Lee, Sebastian Ting, Dr Abdul Rahman  ‘Three Prince’ semasa kunjungan Tahun Baharu Cina di kediaman Lee kelmarin.
TERUJA: (Dari kiri) Juma’ani, Abang Johari, Lee, Sebastian Ting, Dr Abdul Rahman ‘Three Prince’ semasa kunjungan Tahun Baharu Cina di kediaman Lee kelmarin.
  Juma’ani bersama Abang Johari, Douglas Uggah dan Ling (tiga kiri) memotong kek sempena kunjungan ke rumah terbuka kediaman ahli perniagaan Tan Sri Ling Chong Ho di Jalan Luak Bay di Tanjong Lobang.
ISTIMEWA: Juma’ani bersama Abang Johari, Douglas Uggah dan Ling (tiga kiri) memotong kek sempena kunjungan ke rumah terbuka kediaman ahli perniagaan Tan Sri Ling Chong Ho di Jalan Luak Bay di Tanjong Lobang.
 (Duduk dari kiri) Lee, Dr Sim, Uggah, Ting, Abang Johari, Juma’ani dan tetamu jemputan lain semasa berkunjung ke kediaman Datuk Sebastian Ting sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Miri kelmarin.
CERIA: (Duduk dari kiri) Lee, Dr Sim, Uggah, Ting, Abang Johari, Juma’ani dan tetamu jemputan lain semasa berkunjung ke kediaman Datuk Sebastian Ting sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Miri kelmarin.
 Abang Johari dan Juma’ani bergambar bersama keluarga Yaw Teck Seng (duduk, tiga kiri) dan isteri Su Khuan Ying (duduk kanan). Kelihatan sama (duduk kiri) Dr Sim dan Uggah.
UNTUK ALBUM: Abang Johari dan Juma’ani bergambar bersama keluarga Yaw Teck Seng (duduk, tiga kiri) dan isteri Su Khuan Ying (duduk kanan). Kelihatan sama (duduk kiri) Dr Sim dan Uggah.

HARI keempat sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) di Miri dimeriahkan lagi dengan kunjungan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ke kediaman beberapa rakan kenamaan.

Bermula jam 9.30 pagi, Abang Johari bersama isteri Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang melakukan kunjungan pertama ke rumah Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin di Jalan Woodhouse.

Ketibaan beliau disambut meriah oleh keluarga Lee dan ahli kenamaan lain diiringi dengan tarian singa dan ‘Three Prince.’

Selepas itu, Abang Johari dan rombongan meneruskan kunjungan ke kediaman pemimpin setempat lain iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting di Jalan Bunga Tanjung.

Beliau kemudiannya tidak ketinggalan mengunjungi kediaman ahli perniagaan Tan Sri Ling Chong Ho di Jalan Luak Bay di Tanjong Lobang, diikuti kediaman Tan Sri Datuk Amar Yaw Teck Seng di Marina Lagoon, Jalan Bandaraya Miri.

Abang Johari turut melakukan acara memotong kek dan menggaul makanan tradisi ‘Yee Sang.’

Mengiringi Ketua Menteri pada kunjungan tersebut ialah Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian, Menteri Muda Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin dan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Undang-Undang, Hubungan Negeri dan Persekutuan dan Pemantauan Projek Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Turut hadir Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Rosey Yunus, Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Ripin Lamat, ADUN Telang Usan Dennis Ngau, ADUN Mulu Dato Gerawat Gala dan tetamu kehormat lain.

  • oleh
  • Advertisement