Anda di sini

Tiga direman susulan penemuan mayat bayi dalam lori sampah

Advertisement
 Dua lelaki ditahan reman selama dua hari oleh Mahkamah Majistret bagi                    membantu siasatan berhubung penemuan mayat bayi perempuan dalam lori sampah di sebuah apartmen di Presint 18 di Putrajaya semalam. — Gambar Bernama
DITAHAN REMAN: Dua lelaki ditahan reman selama dua hari oleh Mahkamah Majistret bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat bayi perempuan dalam lori sampah di sebuah apartmen di Presint 18 di Putrajaya semalam. — Gambar Bernama

PUTRAJAYA: Polis mendapat perintah Mahkamah Majistret di sini untuk menahan tiga individu bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat bayi perempuan dalam lori sampah di sebuah apartmen di Presint 18 di sini.

Majistret Ahmad Afiq Hasan memerintahkan seorang lelaki berumur 43 tahun dan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan reman selama dua hari.

Sementara itu, seorang remaja perempuan berumur 17 tahun ditahan reman selama empat hari. Prosiding tahanan reman dilakukan di sebuah pusat bersalin di Presint 8, di sini.

Mereka ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian pada 9.25 pagi kelmarin, mayat bayi perempuan yang cukup sifat itu masih bertali pusat dianggarkan berusia lingkungan tujuh ke lapan bulan, ditemui pekerja pembersihan Alam Flora yang sedang melakukan tugas pungutan sampah di kawasan perumahan tersebut. — Bernama

Advertisement