Anda di sini

SK Sungai Bawang juara Kejohanan Sepak Takraw Peringkat Daerah Selangau 2019

Advertisement
 Para pemain menunjukkan kemahiran dan bakat mereka dalam pertandingan sengit memburu gelaran juara Kejohanan Sepak Takraw Peringkat Daerah Selangau 2019.
BERBAKAT: Para pemain menunjukkan kemahiran dan bakat mereka dalam pertandingan sengit memburu gelaran juara Kejohanan Sepak Takraw Peringkat Daerah Selangau 2019.
__alt__
 Pasukan SK Batu 36 Selangau terpaksa akur menduduki tempat kedua.
NAIB JOHAN: Pasukan SK Batu 36 Selangau terpaksa akur menduduki tempat kedua.
 Pasukan SK Sungai Bawang muncul juara Kejohanan Sepak Takraw Peringkat Daerah Selangau.
JUARA: Pasukan SK Sungai Bawang muncul juara Kejohanan Sepak Takraw Peringkat Daerah Selangau.
 Pasukan SK Bukit Arip.
TEMPAT KETIGA: Pasukan SK Bukit Arip.

PASUKAN Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Bawang muncul juara Kejohanan Sepak Takraw Peringkat Daerah Selangau 2019, baru-baru ini.

Manakala, pasukan SK Batu 36 terpaksa akur menduduki tempat kedua dan SK Bukit Arip di tempat ketiga.

Majlis penyampaian hadiah kepada kesemua pemenang telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Batu 36 Alas Rambli.

Kejohanan tersebut yang berlangsung di gelanggang sepak takraw SK Batu 36 disertai 15 pasukan dari sekolah-sekolah rendah di daerah Selangau.

Pasukan-pasukan yang bertanding ialah SK Batu 36, SK Pelugau, SK Bukit Arip, SK Sungai Anak, SK Iban Union, SK Bawang, SK Sungai Tau, SK Sungai Arau, SK Kuala Lemai, SK Penghulu Imban, SK St Mathew, SK Sungai Sepiring, SK Dijih, SK Nanga Tajam dan SK Nanga Selangau.

Kejohanan tersebut dianjurkan bertujuan untuk mewujudkan semangat kesukanan di kalangan para pemain, selain mencungkil bakat baharu khususnya dalam sukan sepak takraw.

  • oleh
  • Advertisement