Anda di sini

Polis tahan lelaki warga asing disyaki pengedar dadah

Advertisement
SUSPEK dan dadah yang ditemui.
SUSPEK dan dadah yang ditemui.

LAHAD DATU: Polis menahan seorang lelaki warga asing kerana disyaki pengedar dadah di Kampung Panji, pada Jumaat.

Suspek berusia 45 tahun itu kelihatan dalam keadaan mencurigakan sebelum ditahan sepasukan polis yang sedang bertugas dalam Ops Tapis di kawasan itu kira-kira jam 9.15 pagi.

Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Nasri Mansor, ketika menyedari diperhatikan, suspek telah bertindak agresif dan cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap setelah berlaku pergelutan.

Katanya, pemeriksaan badan suspek menjumpai dua paket lutsinar jernih disyaki dadah jenis syabu anggaran berat 31.20 gram anggaran RM4,680.

"Dadah tersebut ditemui didalam poket belakang sebelah kanan seluar panjang yang dipakai suspek.

"Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1) (a) akta yang sama," katanya.

Suspek turut disyaki memasukkan dadah ke dalam tubuhnya.

  • oleh
  • Advertisement