Anda di sini

Perkep IPD Tawau terus maju capai matlamat maksimum

Advertisement
GAMBAR kenangan AJK Perkep Tawau sesi 2018/ 2019 bersama Fadil.
GAMBAR kenangan AJK Perkep Tawau sesi 2018/ 2019 bersama Fadil.

TAWAU: Mesyuarat Agung Persatuan Keluarga Polis (Perkep), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau sesi 2019/2020 telah diadakan di dewan serbaguna IPD Tawau pada 28 Januari lalu.

Mesyuarat telah dirasmikan oleh ACP Fadil Hj. Marsus, Ketua Polis Daerah Tawau merangkap penaung Perkep IPD Tawau.

Dalam ucapannya Fadil mengharapkan lebih ramai lagi dari kalangan Perkep IPD Tawau bergiat aktif dalam acara sukan seterusnya mewakili persatuan tersebut pada masa akan datang.

Beliau mahu Perkep IPD Tawau akan dapat meneruskan pencapaian lebih cemerlang serta bertindak maju ke hadapan untuk mencapai matlamat keberhasilan yang maksimum dalam setiap aktiviti yang diceburi.

Katanya, semoga persatuan ini terus cemerlang, sentiasa mengambil peluang melengkap dan memajukan diri, saling bertukar-tukar idea dalam kalangan ahli untuk memajukan keluarga di samping menjadi penyokong suami yang sibuk menjalankan amanah.

Turut berucap adalah Pengerusi Perkep IPD Tawau  Nurashidah Ishak.

Advertisement