Anda di sini

My Buskers Corner di enam lokasi untuk penggiat seni jalanan

Advertisement
ARIFIN dan Nordin merakamkan gambar kenangan bersama para peserta yang terlibat dalam menjayakan persembahan dalam program Api-Api Night GIG.
ARIFIN dan Nordin merakamkan gambar kenangan bersama para peserta yang terlibat dalam menjayakan persembahan dalam program Api-Api Night GIG.

DEWAN Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menyediakan enam lokasi yang dikenali sebagai MY Buskers Corner sebagai sokongan kepada para penggiat seni khususnya penggiat seni jalanan (Buskers).

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Nordin Siman berkata,  DBKK telah mengenal pasti beberapa lokasi iaitu Kawasan Lapang Pasar Malam Kg. Air, Tamu Jalan Gaya, Medan Selera Teluk Likas, Segama Waterfront, Taman Awam Teluk Likas dan Api-Api Night Market.

“DBKK berharap peluang dan ruang yang disediakan ini akan dimanfaatkan oleh para seniaman jalanan sebagai satu kerja melalui bakat seni sekaligus menceriakan suasana bandaraya Kota Kinabalu seterusnya menjadi satu daya tarikan kepada pengunjung tempatan mahupun para pelancong,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Api-Api Night GIG di sini pada Jumaat malam.

Jelasnya, konsep busking amat mudah untuk dipertontonkan kerana tidak memerlukan kos yang tinggi, lebih santai dan mudah menarik perhatian orang ramai terutamanya remaja dan belia.

Menurutnya, aktiviti ini merupakan salah satu inisiatif pihak DBKK bagi membantu para Buskers untuk menjana pendapatan melalui aktiviti Busking.

  • oleh
  • Advertisement